Friday, January 23, 2009

Holiday for CNY

Assalamualaikum. Bismillah.

Aku masih di pejabat, melayan internet tanpa menyudahkan kerja-kerja kerana sakit hati yang berbuku di dada. Bukan salah syarikat tapi saja aku nak tunjuk keras kepala. Orang lain semua dah balik; maksud aku syarikat lain dah lepaskan staff masing-masing sebab excited nak menyambut CNY (biarpun aku bukan salah seorang lagi mereka2 yang bakal menyambutnya), tapi syarikat aku ni masih peram kami yang dah hilang mood untuk buat kerja. Nasib baik gaji dah keluar tengahari tadi, so sakit hati aku sekadar duduk diam2 dalam hati, tak larat nak keluar ikut mulut. hahahaha!!!! (padahal dah berkilo sumpah seranah keluar tadi tu.. punah harapan nak bershopping menghabiskan duit gaji di JJ ngan adik2 kat office ni, cis!)
Aku masih fully BF my lovely Manja, alhamdulillah. Rezeki susu badan kurniaan Allah masih mencukupi untuk Manja biarpun stok EBM jarang ada dalam freezer. Tapi tak kisah, cuti CNY ni aku akan store more EBM untuk kegunaan Manja sepanjang dia tinggal ngan Ibu. Hopefully EBM aku boleh mencecah ke 50 oz sepanjang 10 hari bercuti ni. Dan rasanya aku macam nak spend time sendirian untuk untuk 3 hari yang kena compulsary tu. Oppss.. 2 hari je sebab esok aku hantar Manja kat ibu, jadi kena ganti hari rabu pulak. Ehm... kenalah cari Manual Breastpump dan pegi beli Technie Ice sbb bila aku keluar nanti kat mana lak nak storage EBM aku tu.
Jadual sedia ada esok aktiviti weekend helper datang kemas rumah, Ahad - Selasa spend time ngan anak4 di Seremban n Melaka, Rabu di rumah dengan anak4, Khamis - Jumaat - 2 days for myself leisure somewhere, Sabtu - Isnin di rumah dengan anak4.. adui.. lamanya cuti.. baru je masuk keje 2 minggu dah cuti lagi, alamatnya blur lagilah kepala aku nak start keje nanti ni.. warm up kena lama sikit dari biasa.

4 comments:

:: Leeza Joe :: said...

ooo..slamat tahun baru cina!!!..heheh sronok cuti panjang tu...tlg shopping utk sy sekali..n last but not least peluk cium utk bb mila...oh mila gebussss!!!:) dr ibu liza ni!!

ara charles said...

assalamualaikum kak!! pe kabar akak skarg?? ara cuti hari ni, tak de kuliah sbb pkr bg prak cti..ntah hape jdah nizar(mnteri bsar) bg cti tak tahulah..he3..tghari skit nak g jln2 kat jj kinta city..oklah kak,tak de isu pnaslah..psal memey dgn norman tu biaq pi lah. dah mmg dtkdirkan nrman tu jhat..pntang tgk pmpuan lawa...

nonnie78 said...

hi... hehehe.. sronok cuti panjang tp tak gi mana pun. gi zoo melaka je. dan shopping!!!! tu bab paling best sbb dpt beli barang tanpa mengeluarkan duit sendiri. all sponsored by my MIL.. yiba, yiba....

nonnie78 said...

salam ara. akak sihat. harap ara pun sihat. best lah cuti. pedulilah menteri2 tu nak bertekak ke hapa ke, janji ara dapat cuti percuma! gi kinta city? shopping ek? akak bab shopping yang paling tak bleh tahan skang ni. menjak beranak no 4 kalau sebut bab shopping, laju je.. heheheh.. tak sedar diri tu dah tua. norman ngan memey tu biaq depa lah. asal tak kacau periuk nasi kita sudah, ara.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..