Friday, November 21, 2008

Episod Kelahiran

selepas lama mendiamkan diri dari arena blogging.. akhirnya aku kembali. Kembali dengan perut yang dah kosong dan kembali dengan seorang lagi anak dara yang sihat dan sempurna ciptaanNya. Alhamdulillah....

Ahad 091108

Aku mendaftar ke O&G tepat pukul 11.30pg. Ikutkan doktor suruh masuk pukul 9 pg tp disebabkan aku terasa macam nak tunggu Melodi, aku pun sengaja lengahkan. Lagipun masuk awal pun bukan ada apa... ntah camna aku ubah fikiran sebab kalau masuk lewat aku still kena bayar untuk lunch jugak.. hahah.. tu pun aku nak berkirakan? Padahal bukan sedap sangat pun makan kat hospital. Lepas register kat bawah tu, aku pun masuklah ke ward OB2 (Nilam), ward biras aku bertugas untuk sementara waktu menanti ward OB3 (Delima) kosong. Biasalah, kalau dah aku bertemu dengan biras aku surelah gamat jadinya ward tu. Anak aku pun buat ward tu macam rumah sendiri je lah... sib baik cuma syamimi sorang je yang follow.

Tak lama lepas masuk ward, aku kena buat ujian Ultra G (ke ECG...) untuk pantau contraction dan jantung baby. Alhamdulillah... contraction ada tapi tak kuat mana. Dan aku sure laluan bawah belum bukak lagi.. instinct aku kuat mengatakan malam nanti baru contraction akan berlaku.. hahhaa.. cam ahli nujum lak aku ni.

Lebih kurang kul 3 camtu aku kena masuk ward OB3, katil 19. Disebabkan aku orang sihat (tak de sebarang dan takde sebarang penyakit - oh ya.. keputusan BSP aku hari jumaat amatlah memuaskan hati.. tak de kencing manis!!!!) makanya aku merayaulah satu ward untuk menghilangkan kebosanan sementara menanti hubby dan anak3 datang petang tu. Even waktu melawat dari pukul 12.30 sampai 7 mlm tp aku suh hubby datang kul 6 ptg camtu.. aku nak rest.

Malam tu doktor pun datang check dan confirmkan pasal nak induce esok pagi. Dan masa tu baru aku di brief tentang kemungkinan2 yang berlaku seandainya aku memilih deliver cara normal atau Caesar. Antara risk yang ada kalau aku pilih normal delivery :-

1) Baby akan tersangkut tang bahu kalau frame besar sangat.
2) Kemungkinan untuk ditolak balik masuk dan kena caesar sekiranya baby belum keluar.
3) Kecacatan kekal pada baby sekiranya terpaksa menggunakan kaedah forcep / vacuum atau kemungkinan untuk ditarik keluar.

Delivery secara Caesar :-

1) Pendarahan pada rahim ( sebab ini kali ke2 caesar untuk aku)
2) Scar lambat sembuh
3) paru-paru dimasukkan bendalir / sebarang sisa makanan
4) Maut (sebab aku ada sejarah GDM)

Masa tu aku tak de sesapa yang teman, so aku stick to my decision untuk normal delivery sebab clinically baby estimated cuma 3.8 to 4.0kg. But then malam tu aku dah start contraction. Makin lama makin kuat. tapi aku diamkan je tak bagi tau kat nurse sebab aku tak suka kejap2 kena seluk. Jadinya aku tunggulah sampai kepagi untuk sesi check jantung dan contraction lebih kurang pukul 6.30 pg.

Isnin. 101108

Sekali check tu, contraction dah setiap 10 min. Dalam 10 min ada 2-3 kali contraction. Aku pun dah rasa semacam je kat bawah. Sure laluan dah bukak ni. Camtu lah selalunya tiap kali nak kena induce, sure anak2 aku ni keluar awal. So, aku cepat-cepat mandi dan basuh kepala. Bila Doc Aida datang untuk check, dia tengok result pagi tadi, dia trus suh aku masuk dalam bilik rawatan nak check laluan.

pas seluk tu, Doc Aida wat muka panic jap. trus dia suh Doc Azlina call LR untuk booking. Aku pun panic lah sekejap. Tau-tau dah bukak 3cm.. trus aku call biras aku yang tgh duty kat ward sebelah dan hubby kat umah, suh datang cepat skit takut kang kot terberanak dia tak lak kat ward.

Dah settle semua, aku pun tolak ke 1st stage ward untuk pantauan. Time tu dah bukak 5cm. Datang lak Doc Rohana dan Prof Ixora tanya lagi pasal decision aku.. Bila dah fikir2 balik aku ubah fikiran dan pilih ceaser untuk elakkan risk pada baby.

eh.. aku stop dulu. perut memulas, baby meragam nak menyusu..... nanti aku update lagi.. gambar lambat skit, kabel hp kat opis daaaa...

orait.. update balik..
So, after aku husband n wife been brief by Doc Rohana dan Prof Ixora pasal normal vs ceaser delivery, tepat kul 12 tghr, aku ditolak masuk ke OT. pas dah pasang suma2 benda kat dada, kat tulang blakang, aku pun dibedah.. hehehe. disebabkan ini kali ke 2 aku menjalani pembedahan untuk melahirkan anak, so perasaan takut tu dah tak ada. Yang ada cuma perasaan tak sabar nak tunggu kuar dari OT untuk masuk ke ward biasa. Dan disebabkan terlampau tak takutnya aku, aku siap bleh tengok proses pembedahan melalui cermin atas tang lampu tu. Nampak lah camna dorang potong perut, selak usus ke menda ntah, kuarkan baby dan proses lap darah.. suma aku tengok. Ngeri? Ntahlah. Payah nak digambarkan. Yang aku tahu bila baby dah keluar, kira dah selamatlah. Tinggal aku nyer condition je nak difikirkan.

Tapi alhamdulillah, semuanya selamat. Dan tepat pukul 12.40 aku ditolak ke unit pemantauan (actually they just put me a side to monitor my condition), dan tak lama pastu aku ditolak masuk ke ward. Masa tu Aida, nurse ward OB3 yang kebetulan selorong dengan aku bertugas. Dialah orang pertama yang datang menjengah. Dan pastu B ngan biras aku pun datang. Dorg melepak sampai ke petang. Kebetulan jugak adik ipar aku start keje kat Cafe Besta kat HUKM tu hari ni. Penuh lah katil aku petang tu. Ngan mak abah aku pun datang, anak3 aku pun datang, jiran aku pun datang. My PIL tak datang sebab MIL kat KK ada meeting.

Hah.,.. aku dapat baby girl jugak.. Maknanya aku dah ada 4 anak dara untuk membantu kerja2 rumah.. jangan ada yang jeles plak ye.. keinginan untuk ada anak lelaki? Ntah.. tak pernah terlintas kat fikiran aku pun untuk mencipta angan2 nak kan anak lelaki. Pada aku apa yang Allah yang kurniakan ni dah cukup bermakna dan cukup sempurna untuk kehidupan aku. Sikit pun aku tak menyalahkan takdir dan mengeluh sebab tak de anak lelaki. B pun tak cakap apa. Aku ada gak tanya dia sedih tak tak de anak lelaki. Relax je aku tengok. Agaknya dia pun terfikir, anak3 dia yang sedia ada ni pun dah cukup lasak, kalau dapat anak jantan, camna lah roman nya kan?? hahaha... sampai ketemu lagi... Eh, nama baby!!!! We call her Manja but then her full name SYADNI SYAMILA.. MILA blakang tu tolong pronoun ikut style Hattan panggil Mila AF tu ye.... kuang..kuang..kuang...

1 comment:

uatifah said...

mila in the house!!!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..