Salam. Bismillah.
Sejak sabtu lepas, aku tetiba lak kena sakit gigi lagi. Huhuhu.. rasanya cam dah berbulan tak sakit gigi. Ini semua angkara tampalan yang dah tertanggal dan mengakibatkan sakit ya amat dan ada sekali tu aku pergi ke Klinik Gigi dan minta doktor cabut je tapi cost rawatan amatlah mengejutkan.. RM200 untuk sebatang gigi geraham. Plan asal nak cabut sekali wisdom tooth yang menyemak (hahahah... sbb tak pernah pakai, kan.. jauh nun ke belakang) dan kekadang sedikit sebanyak mengganggu hidup aku bila nak menggosok gigi.. sekali cost yang doktor kira adalah .... jeng..jeng..jeng.... RM440+RM10 (cuci) huhuhu.. lagilah seram sejuk aku dengar..
Sejak terdengar je cost yang maha mahal tu, trus aku ilang sakit gigi... sabtu lepas baru datang balik, itupun rasanya sebab kalsium aku semuanya si junior ni ambik.. dahlah aku tak minum susu, harapkan Milo je. Hah, rasakan!!!! Sekarang ni ada plan nak ke Cahaya Suria nak gi cabut jer sebab kawan aku kata cuma RM3 je utk cabut wisdom tooth tu. Tapi, kan..... pernah gak aku ke Klinik Gigi masa preggy Baby, doctor kata tak bleh cabut, membahayakan bayi. Ehm... disebabkan macam was-was je, maka aku google lah mana2 web yang related dengan masalah aku ni...
Boleh check kat sini http://www.conectique.com/tips_solution/pregnancy/during_pregnancy/article.php?article_id=5336
untuk 2 yang pertama tu aku dapat dari web Indo yang pada aku lebih info tentang sakit gigi dan ibu mengandung ni.. web mesia ni banyak condemn je rasanya.. hahahhahahah... mmglah kekadang tu sakit gigi tu bermula dari sakit yang terjadi sebelum preggy tp ada juga sakit yang bermula semasa preggy. Ada sorang doctor tu aku jumpa dia kata apa tau? Lepas makan kena gosok gigi selalu.. nak gelak pun ada aku dengo. Dia nak tembak tu dia tgk ke aku gosok gigi ke tak ari2?? Ehm.. ikutkan sejarah famili belah abah aku, mmg ada masalah gusi ni di mana arwah opah aku pun mmg giginya tak tahan lama.
Masa preggy Yaya (6 weeks kot) aku sakit gigi sesangat disebabkan masalah ngan saraf (giginya cantik lagik tu), sekali tak wat upt pun sbb confidence tak preggy, trus cabut. Alhamdulillah tak de pepe.. itu je sekali aku cabut gigi time preggy, lain suma cabut-tampal balik.
Tapi dah memang jenis cam aku ni time preggy langsung tak nak sentuh susu.. beli je tapi letak kat tepi.. huhuhu sapa yang salah??
well, untuk ibu2 hamil di luar sana, nantikan info lain tentang preggy ye.. itupun kalau aku smpt c&p kat sini..
2 comments:
Masa ngandungkan yamin pun saya sakit gigi. masa baru dua bulan doc tak moh cabut. katanya takut bleeding. pas dah 5 bulan gi klinik lain..trus cabut. sebelum pose ari tu ada cabut gigi gak lagi. Sebatang gigi geraham rm140. Pening jap masa bayar bil..haha!
liza, pening tu sekejap je tp gelap mata sampai ujung bulan tu.. huhuhuh. RM140 kecik nak compare ngan RM440.. kena gi klinik yg leh cabut satu je dulu. tp wat masa ni rasanya tak bleh kot. wait for another 1 month, nk dptkan reference kat HUKM dulu.. dpt lah murah sikit..hihihi..
Post a Comment