Thursday, December 10, 2009

Diabetic & Ibu Hamil

Salam. Bismillah.
Baru balik dari Klinik buat check up. Macam biasa masih tidak menjalani Urine Test untuk check kandungan protein / gula dalam urine. Baby ok, active, cukup ruang dalam rahim yang sememangnya besar. Hahahah... Ari ni minta reference letter dari Dr. Rose untuk ke HUKM. Kena buat cepat kalau tak nanti kena bambu ngan doc kat O&G Clinic. Huhuhu...
Disebabkan 2 pregnancy aku sebelum ni aku ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) makanya utk pregnancy kali ni aku tetap akan kena buat GTT (Glucose Tolerance Test) di mana kena berpuasa pada malam hari bermula 10 mlm dan esok pepagi kul 8 kena amik darah satu tiub, kul 1 satu tiub, kul 5 satu tiub, kul 10 mlm satu tiub. Sesapa yang mmg ada sejarah GDM during pregnancy ni memang akan aware tentang pelbagai test ni semua.
Ehm.. so far aku baru sekali kena tahan dalam ward sbb masa tu ngandungkan Yaya, 1st time lak tu kena GDM ni, masa dh 7 bulan camtu (terlebih makan kari mamak depan office MBf dulu), jadinya admitted 2 hari kat HUKM untuk pantau kadar gula dalam darah. Siap kena ajor tu cara nak pakai insulin. Balik rumah aku humban terus picagari insulin tu.. Tak de maknanya pakai benda tu hai... terus aku buat diet control. Dan hasilnya Yaya cuma seberat 2.82kg waktu dilahirkan.
Masa baby, aku bertindak bijak sikit. Aku memang tahu GDM aku tu time nak beranak sok baru datang, jadinya aku gi Kli-nik Kassim Dan Zubaidah dulu. Sampailah urine aku dah bertuko kaler kat tester tu kan, baru aku minta reference kat doctor. Tapi bila sampai ke HUKM, amiklah GTT tu, sekali tak de ko! Doc tak puashati, dia suh admit trus sebab masa tu dah bukak 3 cm. hihihi.. Hari khamis admit, kekonon doc suma dah discuss next week Rabu tu nak induce kalu tak de bukaan baru. Kekonon juga nanti baby aku akan lebih besarrrrrr punya... tapi memanglah pun. dalam ward check darah tak de pun glukos naik, maintain je cam orang normal yang lain, tapi dari khamis tu doctor estimated Baby 3.22, ahad tu aku dah nak terkucil menahan sebab bukaan makin lebar, keluar je si Baby (normal delivery) 3.44kg.
Kes Manja pulak aku buat GTT gak, pun clear tak de GDM, tapi doc suh admit hari ahad tu sebab mungkin nak induce hari isnin. clinicallynya berat Manja masa tu estimated by doc sekitar 3.8kg thru ultrasound. Ahad tu pas melodi aku pun berlenggang kangkung masuk ward. Maklumlah orang tak sakit, kan? Sok pepagi tu dah risau dah nak kena induce kul 8 pg. tapi dari tgh mlm contraction dah terasa. Dari sekejap2 makin kerap lak.. ish, tak bleh jadi ni.. kul 6.30 dh ada tanda, langsung aku tak solat. Nurse suh masuk bilik rawatan, check, dah bukak 3 cm. bye the time 9.30; 5cm trus call LR, booking tp tolak aku ke 1st Stage dulu. Tak smpt tunggu kul 1 nk masuk OT (requested by me sbb instinct Manja ni mesti lebih dari 4 kg) kul 12 dh tolak ke OT sbb bukaan dh 8cm..
Hahahah.. panjang lak aku menaip sejarah mengandung-beranak ni.. padahal nak citer pasal GDM jer.. huhuhuh... syiok wooo citer pasal pregnancy ni sbenarnya.. tapi mungkin ini last pregnancy tuk aku, itupun kalau c-sect lah.. kalau normal adalah peluang aku nak beranak! hahahahha.. so, jom kita check info kat bawah ni, khas untuk preggy mommies yg ada GDM atau baru tau tentang GDM ni..
itu saja untuk hari ini. Kejap lagi nak keluar makan. Harus menjaga pemakanan mulai sekarang lebih2 lagi selepas kehilangan 1.5kilo setelah ditimbang oleh doctor tadi.. huhuhu.. sampai ketemu lagik!!!

6 comments:

me_czar said...

Tahniah ya..
Betul rupanya ko pregnant ya Nonnie... ku pikir gimik aje dalam satu post baru-baru nih.
Dah baper minggu?

nonnie78 said...

wakakaka... aku mmg saja je bikin gempak! serius worry myza sbb aku still consume noriday sampai nk raya tu. tp ntah camna stock abis masa raya, aku stop trus.

td check 14 weeks ++, insya Allah due 6/6/10 tp biasalah, pregnancy history suma keluar 38weeks sbb doc worry GDM aku mengganas. hihi..

lgpun womb size become bigger n bigger after a few pregnancy period kan? so, possibility utk baby berkembang hebat tu lebih cerah.. aku rasa dalam mid may kot.

Shaza Shamsuddin said...

laaaa, kak nonnie pregnant ker... wahhh murah rezeki kak nonnie.. tahniahh... kak nonnie mmg nak aanak ramai ekk? asal saya takut nak beranak lagi aa? huhuhuh

nonnie78 said...

caza, thanks.. hihih.. alhamdulillah, dh mmg rezeki akak kot. mmg plan nk anak ramai sblm umur 35. pastu nk stop. tp nmpk gy kalu yg ni pn c-sect, this should be my last pregnancy lah..

takut apa nak beranak lagi? Kan besar pahalanya mengandung dan melahirkan zuriat halal perkongsian hidup dengan suami kita? free2 je dpt pahala. dlm pd tu, buat lagik amalan lain, makin bertambah pahala kita.. sng sikit nak pilih pintu syurga.. hahaha.. berangan betul akak ni kan??

neway, tak de different pun syaza mengandung/bersalin waktu umur berapa pun, perasaannya tetap sama. makin berumur lebih besar risikonya.. hihihi..

Shaza Shamsuddin said...

kak nonnie, rasa nak menangis ngan balasan comment kak nonnie tuh.. terima kasih kerana mengingatkan saya perkara yang saya lupa.. terima kasih.. terima kasih sangat.. if you were my big sister u'd be the bestest sister ever!.. ehehhe :)

nonnie78 said...

caza... aduh.. terkesima sekejap akak ni.. apalah yg ada pada akak utk ayat : if you were my big sister u'd be the bestest sister ever!..
mengingatkan satu sama lain tu kan tuntutan agama. lagipun benda tu dh mmg terang2 besar fadhilatnya cuma kdg2 kita terlepas pndg. utk mom mcm caza yg blm boleh menerima sepenuh hati episod pertama mengandung n kemudian menjalani proses pembedahan (yang tak disangka2) mmg satu nightmare..
so, dun wori. next pregnancy tak mungkin sama dengan previous pregnancy. doa je byk2, niat mengandung utk meramaikan umat Nabi Muhamad SAW, utk memberi zuriat soleh/solehah untuk suami. Insya Allah, dipermudahkan olehNya.
Kalau caza sudi jadi adik akak, akak pun sudi juga.. ahaksssss!!!! kecik tapak tangan, Taman Tasik Permaisuri akak tadahkan.. (tp nk kena minta kebenaran unit berkuda dulu!!!)

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..