Tuesday, December 8, 2009

Anak, Anugerah Ilahi

Salam. Bismillah.
Ada 2 topik yang nak diketengahkan dalam n3 kali ni. Pertama berita gembira. Kedua berita gembira tapi ada duka disebaliknya. Mesti ramai yang tertanya2 kan? Disebabkan blog ini adalah blog suka suki aku nak bagi komen untuk kenangan buat anak2 masa depan, aku nak selitkan kisah2 teladan konon untuk tatapan anak2 aku supaya tak lah dorang ingat aku ni menulis kisah yang bukan2 atau sibuk berkobon jer kerjanya.
Pertamanya, ucapan TAHNIAH pada wife cousin aku yg dh confirm preggy. Alhamdulillah.. harap lepas ni tak de lah mulut2 laser tu ngata ko lagi ye, ayu. Setelah 6 bulan berkahwin akhirnya Allah beri juga rezeki. Itulah, bak orang kata jangan buruk sangka dengan Allah. Setiap jalan cerita yang Dia tentukan untuk kita mesti ada hikmahnya. Mungkin lepas ni setelah hadirnya orang baru dalam hidup ayu n june, akan ada lagi cabaran2 lain yang lebih mencabar kesabaran dan iman korang. So, take care, jaga pemakanan supaya tak jadi cam ahkak ko ni.. manjang preggy ada GDM, jaga perasaan diri dulu sebelum jaga perasaan orang lain sebab dalam waktu ni amatlah sensitif.
Kedua, akhir Oct hari tu (kalau tak silap) kawan B baru dapat baby girl baru. Sebenarnya rancang kehamilan untuk baby boy tapi ntah macamana wife dia salah kira tarikh (ikut petua kalendar cina tu), sekali scan, perempuan daaaa.. tak per lah, dah rezeki kan.
Tapi, kan.. hari Ahad baru ni kawan B datang amik barang construction kat B, sekali dia cerita anak dia yang kecik tu kena sakit jantung. B pun citer kat aku yang tengah bekpas bubur ngan telur hancur (pasal bubur pun nak bitau, kan???? Hahahha). Tersentap aku sekejap. terus jantung aku serba tak kena. Iyerlah, aku paling sensitif tang budak bawah 7 tahun ni sakit. Sebab dorang tak pandai nak bercakap (bg yang belum tau bercakap) dan tak pandai describe tentang sakit dorang (bg yg pandai cakap). Aku pun tanya B, abis tu proceed operation tak? B cakap kawan dia nak tunggu backdated insurance dulu. Sebab baru lahir tak smpt amik insurance, so agent suh backdated semua, so boleh claim lah untuk etc fees.
Pagi tadi pun aku tanya lagik kat B, still tunggu another week tuk backdatedkan insurance. Aku soundlah, takkan nak tunggu sampai anak mati baru nak buat operation. B kata nak wat camna, dah ayah dia kata camtu.. ish.. sedih aku dengar. Nyawa bukan boleh beli kat Hospital, nyawa bukan boleh beli dari Syarikat Insurance atau Agent Insurance. Nyawa lebih bernilai dari jutaan ringgit sekalipun. Takkanlah untuk menyelamatkan darah daging sendiri pun berkira sampai tak nak keluarkan duit sendiri?
Yang buat aku tambah sedih, kawan B ni bukan orang susah macam kitorang dia kerja, wife dia kerja, siap ada company betulkan computer n printer lagik. Income bulanan tak kurang dari RM5,000 utk seisi rumah. Itu belum masuk kalau dapat payment paling kurang Rm2,000. Dan memang duit simpanan / duit dalam syarikat lebih dari puluhan ribu. Entah kenapa manusia ni memandang duit adalah segala2nya sampaikan sanggup pertaruhkan nyawa anak sekecil tu?
Nauzubillah min zalik.. Takkan nak tunggu sampai anak tu biru lebam baru nak kejarkan ke hospital? Sekarang dahlah musim selesema, demam, batuk etc. Sedangkan tak kena penyakit tu pun budak tu dah susah nak bernafas, inikan pula kalau dapat selesema semua tu..
Anak adalah anugerah Ilahi paling mulia dan paling besar untuk kita. Kalau orang lain sibuk beranak, kita pun sibuk nak beranak. Tapi kenapa bila orang lain jaga anak sebaik mungkin, kita biarkan anak2 kita? Anak juga adalah amanah Allah, yang Allah pertanggungjawabkan pada kita, yang diberi pada kita untuk kita mencorakkan dirinya mengikut jalan Allah. Kenapa mesti berkira untuk seorang anak, sedangkan orang lain yang tidak boleh mengandung sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan anak dan ada yang sanggup keluarkan ribuan ringgit untuk jalani pelbagai proses. Fikir2kanlah..

2 comments:

ayuthia said...

terima kasih kak...nama aku n suami ada dalam n3 ko...n tidak lupe juga...ucapan takziah pada akak sekeluarga di atas pemergian ayahda tercinta...harap tabah menghadapi hari2 mendatang...

nonnie78 said...

hihihi.. kan 2 story tu.. satu khas tuk ko... thanks ayu.. akak appreciated perhatian ko pada akak sekeluarga.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..