Tuesday, July 8, 2008

Utara vs Kenangan

Semalam hubby pergi ke Padang Besar menggantikan site supervisor kat sana yang bercuti 2 minggu. bermakna minggu ni hubby tak balik lah ke KL sbb long distance, minyak pn makin mahal. Mmglah pakai keta company tp hubby aku ni jenis yang jujur ya amat. kalau balik ke KL even dr mana2 site pun dia tak claim minyak dan tol. ish.. bendul pun susah jugak.

so, semalam on the way dia ke sana, we keep calling tuk update his condition. ok ke tak ke, dh smpi ke belum kt sana. iyalah, risau gak sbb dh bertahun dia tak drive jauh2 camtu, sorang lak tu. dh dekat ke petang tu, aku call tanya dia kt mana.. dia gelak dulu. aik, peliknya. org tanya dia gelak plak. " baru lepas Sungai Bakap, nak sampai ke Juru dah ni. Jap lagi ingat nak singgah Mc Donald Juru tempat sayang selalu makan burger waktu pregnant Mimi dulu".. hahahha.. bukan dia je gelak besau, ngan aku-aku sekali gelak.. smpikan budak opis ni heran tengok aku terkikik2..

Memanglah kenangan. dulu masa nak pindah balik dari Penang, aku cakap ngan hubby after 3 years baru nak gi sana balik. iyalah sepanjang aku duduk sana dulu, habis aku round satu Penang tu. bukan takat Tanjung, dari Nibong Tebal sempadan Parit Buntar tu sampailah ke Jeti / Jambatan tu, semua aku ngan hubby dah redah. biarpun ingat2 lupa kawasan tu tp setakat funfair kat Bukit Minyak, Char kuey Teow kat Alma tu, insya Allah aku still bleh recall.

Nama pun duk kat sempadan antara Perak-Penang-Kedah, puaslah aku dok bertukar2 kedai makan. Tapi based kat sana still lagi masakan Utara yang kalau kita pegi mana2 kedai pun untuk nasi campur, mesti ada gulai (kari). Kena plak umah aku betul2 2 minit je dari jam besar pekan lama Parit Buntar, yang kat JKR tu. Tiap petang jumaat ada pasar malam. Masya Allah, inilah pasar malam terpanjang pernah aku tengok. Kalau dulu kat BTR pasar malam minggu nya dari simpang empat sekolah agama rakyat tu sampai ke BP, pasar malam kat Parit Buntar ni panjangnya mengelilingi satu pekan lama! Imaginelah kalau diukur panjangnya melebihi panjang pasar malam TAR ari sabtu tu! Kedai ayam percik jangan citerlah.. mau ada 7 kedai camtu. The best things yang aku MESTI beli kat sana jagung rebusnya yang .. mmuuahhhh!!! kena lak minta garam lebih.. ish... marvellous! murah2 lak tu barang kat sana.

Slalu untuk lunch aku bedal nasi campur kat kedai mamak depan USM Transkrian tu je (sbb aku keje dalam site USM tu). tak pun aku kena gi kedai nasi campur kat tepi blok kedai yang reganya mahal skitlah nak compare ngan kedai lain. Minum petang slalu ada abang motor tu bawak air sirap, tek o suam yang dh siap bungkus ngan meehon.. disebabkan aku ngan hubby keje satu tempat, so senanglah aku nak makan. nak balik pun senang sebab kekadang aku drive keta kancil comel aku tu. kalu hubby kena overtime, aku blah dulu. kalau naik motor ngan dia, dia bleh anta aku sambil menikmati minum petang kat umah, beli pun dari kak Zah selorong umah aku tu. Ada laksa, mee rebus, goreng pisang.
untuk makan malam slalu aku masak je sebab budak2 site ni suma bujang, so aku lebih senang jamu dorang makan kat umah je. lauk toksah citerlah... mewah gitu... bukan sebab aku kaya raya (ikutkan memang tengah senang pun.. gaji hubby byk, gj aku jarang berusik dan lum ada anak lagi time tu!) tp disebabkan harga lauk mentah kat sana teramatlah murah berbanding KL. Kalau rasa nak makan udang galah yang sepitnya biru2 tu, kitorg just mancing kat Ampang Jajar, Sungai Kerian (tali air - ada buaya a.k.a crocodile).. buat masak lemak cili api .. perhh... sodap tak terkato!!!! Kalau tak pun aku berdua ngan hubby akan makan si kedai tomyam di Bandar Baharu (ni dah masuk Kedah). ikan siakap 3 rasanya amatlah marvellous, fresh plak tu. tomyam paling best penah aku makan pun kat sinilah tempatnya. pegi ari2 pn tak muak. sampaikan tukang masak tu kenal, waiter tu kenal. kalau tak datang mulalah dia bertanya.

punyalah aku ngan hubby cam orang local smpikn Doc Samuel yang bukak klinik kat pekan lama Parit Buntar tu pun kenal. Doc Lim kat Klinik Lim Bersaudara kat SPS pun kenal. Masih terasa

enaknya nasi kandar kat Simpang Ampat yang lori beratur panjang2 tu, murah dan sedapnya seafood di Floating Seafood Restaurant menghala nak ke Jeti Pulau Aman tu.. ish.. memang tip top lah!!! Kalau aku nak carik fun skit slalunya aku pegi ke Bukit Minyak sebab kat sana ada fun fair. Bukan main sangat pun just jamu mata dan menghabiskan duit. Tak pun ke Sungai Dua waktu ada Pesta Penang.. gempaq tu!!! ramai giler umat Nabi Muhammad yang tuang solat Maghrib kat situ.. kah kah kah.... (termasuklah aku!!!! ish...)

Biasalah, bila dah duduk berdua tu kekadang datanglah masa kebosanan yang terlampau. tiap ujung minggu pas abis keje (sabtu keje gak hubbyku itu sebab site - aku setengah hari je), kitorg pun gerak ke Pulau Mutiara, tiap minggu melepak kat City Bayview.. tidur sana semalam sambil mandi-manda dan berjakuzi. Malamnya layan wayang midnight tak hingat punya.. makan paling best kat padang kota lama, keuy teow goreng, nasi goreng chinese style ngan kupang sweet sour.. perhh... terliurnya nak makan!!!!

kekadang terasa nak wat ikan bakar, order je dari Batu Maung, kampung nelayan cina yang dekat ngan pejabat perikanan tu. Murah giler sbb macai tokey tanah yang supply kat site tu budak situ. hah.. amik ko sebaldi besar sotong ngan udang lipan.. setong ikan pelbagai jenis. bape hinggit tu?? ala.. cincailah... RM50. giler tuuu!!!! murah amat.. tp logiknya ikan kembung dan selar kat uncle selang 4 biji umah dr umah aku sewa tu pun RM2 dapat 20 ekor!! siakap besar tapak tangan yang selalu aku wat steam asam tu 2 ekor br RM8. bleh makan 6 orang tu!! besar giler...

citer-citer pasal kenangan masa duk penang, hatinya aku melonjak giler nak ke penang semula. iyalah, ari tu kata after 3 years.. time balik KL tu syamimi masih dalam perut, baru 3 bulan. syamimi pun dah nak sekolah tahun depan.. maknanya dah dekat 5 tahun aku tinggalkan Penang. bak kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.. rindu pada Mak Su dan Pak Su sebelah rumah di Lorong Kedidi, Taman Sempadan Nibong Tebal, Mak Anjang kat Bandar Baharu, Man dan Ina kat Pulau Aman (bestnya P.A.. mancing ikan fresh tu.. mee udang yang terhebat dan terlazat berserta udang grade A), Uci yang dengar khabar dah menetap di Taman Panchor Indah sebab kawen orang local.. sapa lagi yeeeee.... Loo.. tokey tanah yang favourite ngacau aku .. mentang2 lah dia bestfriend ngan hubby!

aduhai kenangan... rindunya pada Penang!!!!

p/s : syamimi made in Penang.. banjir besar.. KAH KAH KAH... :)

2 comments:

anak ahmad no3 said...

waa kakak sorang nie pun hantu makan rupanya....heheh kak harga2 brg yg kak cakap tu 5 tahun lepas...skang mungkin dah naik sket...mai laa penang,tunggu farah balik sp,leh kita jalan2 hehehe. ngada sket,akak doa laa farah kawen cepat2 leh laa akak dtg kenduri sekali gus jalan2 cari makan kat penang....mee udang kat tanjung asam pun sedap jugak...akak citer pasal tempat makan best2 teringat kat abah..betol2 punyea kaki makan n selalu bawak kitorang makan tempat2 best especially seafood my favourite..hehe sebab tu bambam sket

nOnnie_sayang said...

hahahaha.. pecah rahsia!!! well, akak ngan hubby mmg KAKI MAKAN. bitau je tmpt mkn best2, sure kitorg pegi nyer.. kawen?? sure.. akak sure doakan... rasa2 awal thn depan okie tak? huhuhuhu.. dah gatal yeee, farah???

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..