Tuesday, April 22, 2008

Kesibukan membataskan aktiviti

Seminggu blog ini tidak berupdate. Cumanya semalam aku berkesempatan untuk melayari Look Alike Meter sebab terpengaruh dengan Meter Yusmirdah. Kesempatan untuk aku melihat which of my daughters yang dominan pada aku. Mungkin tak ramai yang percaya (malah aku juga), 2 dari 3 puteri aku tu lebih mirip pada aku. Itulah 'kelebihan' bahan elektronic. Kalau ikutkan mata kasar kita sebagai manusia, semua akan kata anak2 aku semuanya mirip hubby.

Seminggu yang baru sudah ini, aku melatih diri untuk lebih berdikari kerana tak semena-mena seorang demi seorang teman sejabatan meletakkan jawatan. Semua tu memang dah terduga cumanya dalam keadaan yang maha kelam-kabut ini ke2 2 nya resign. Bezanya cuma a few days, membuatkan nafas aku naik sekerat jalan, dan turunnya tak tentu hala. Ikutkan pada kedudukan dalam carta, aku lah orang paling lama dalam dept ni (even belum cukup setahun) dan semua masalah dan beban kerja berada di atas batu jemala patik lah nampak gayanya.

Dan episod baru bermula bila aku dibebani dengan masalah2 kerja pending dan kerja2 yang dulunya dibuat oleh Project Coordinator dan Quantity Surveyor. Sekarang ibarat aku bekerja untuk 3 orang, dalam masa yang sama melatih Quantity Surveyor baru yang -baru-join-semula-ke-company-ini- dan juga seorang Project Manager yang -dulunya-bekas-contractor-untuk-company-ini. Sungguh complicated hidup ini aku rasakan.

Masalah billing yang berterusan melanda. Masalah drawing dan submission form yang entah bila boleh selesai. Masalah dengan Sales Admin yang bosnya punyalah c*l*k* dan menyakitkan hati. Juga masalah dengan Senior Manager merangkap bos aku buat masa ini yang entah bila hari akhirnya (kata dah nak blah sangat!)

Itu antara sebab-sebab aku tidak menulis dalam blog untuk seminggu ini. Sebab-sebab lain menjeruk perasaan dengan seseorang yang aku percaya sangat, tapi tikaman terus menusuk dada. Makanya idea dan mood untuk berkarya dalam blog hanya angan-angan kosong. Biarpun banyak untuk diceritakan, perihal Faizal Tahir yang telah habis edah, tentang budak 12 tahun bernikah di Indonesia, tentang company aku yang makin glamour selepas tersiarnya kisah2 hitam dalam The Malay Mail Thursday 17th April 2008, Sinar Harian Edisi KL/Selangor Jumaat 18th April 2008 dan Utusan Malaysia Isnin 21st April 2008. Sesiapa yang terbaca kisah itu maka akan tahu lah betapa teruknya keadaan aku sekarang ini.

Dan antara lain pelawaan dari consultant untuk aku bekerja dengan mereka juga merunsingkan minda. Gaji pokoknya sungguh lumayan, sampai tak jejak kaki berangan dengan duit sebanyak itu. Tapi.. ada TAPINYA... sungguhlah tidak senang bila difikirkan tentang keakraban bos sekarang ini dengan bos yang dalam perancangan itu. Ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Soalnya, macamana aku nak menghadapi saat-saat kehadiran bos yang sekarang ini ke office consultant bilamana kebanyakan mesyuarat diadakan di sana? :(

Memang tak tercapai dek akal. Ikutkan memang aku ingat nak redah je tapi bila difikirkan semasak-masaknya, ish.. macam tak boleh pergi lah.. lagi pulak perangai bos yang dalam perancangan ini amatlah sukar untuk diduga. Anginnya kalah ribut taufan. Kalau dah datang mau rasanya tercabut pintu, terbang kerusi meja. Ini diakui sendiri oleh isterinya merangkap accountant di office consultant ini.

Mungkin rezeki aku bukan di sana. Aku masih terus mencari dan akan terus mencari. Cuma sementaranya biarlah di sini, termaktub rezeki ku dan keluarga di gelanggang yang penuh bermasalah ini. Gelanggang yang kalau dilihat harus jadi penuh, tapi sebaliknya. Moga Allah memberi kekuatan fizikal dan mental pada aku untuk meneruskan hari2 dengan tabah dan sabar. Dan moga Allah memberi peluang baru untuk aku pada setiap angan2 ku yang hanya Dia yang tahu..

__________________________________________________________________

Nota Kaki : Allah lebih mengetahui yang mana lebih elok untuk kita, biar pada mata kasar ianya agak jelik tapi cantik pada yang tersiratnya.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..