Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

Kerja Baru

Salam. Bismillah.
Sibuk sangat sampai tak sempat aku nak menghupdate blog. Tag yang dah berjawab pun masih dok draft dalam posting sebab gambar belum sempat nak scan. Cuma 2 hari ni sempat jengah blog kengkawan, itupun tak semua. Mana yang bernasib baik terimalah komen dari aku, mana yang tak tu, tungggguuuuuuuuuuuuu....
Forum SI.com pun dah lama tak masuk. Kesian kat aku, kan? Teramat sibuk sampaikan tak sempat terkinja kat forum. Sebab utama adalah, pc aku ni rasanya makin slow, mengalahkan mesin taip zaman dahulukala. Nak bukak satu-satu window tu punyalah bercinta. Dahlah kalau dapat bukak pun, nak menghupdate ni pun tersangkut-sangkut. Ram kecik sangat. Mau je rasanya aku kuar duit sendiri je tambah ram ni tapi kang kot kantoi ngan management, tak pasal je aku kena buang keje.
Sebut pasal kerja, minggu lepas hari Khamis, ntah puting beliung mana melanda aku sekeluarga, kitrg bangun awal dari biasa, bersiap lebih cepat dari biasa dan keluar ke sekolah/kerja lebih segera dari biasa. Hasilnya, aku sampai ke office pukul 8.10. Cepatkan? Hah.. ini record lah ni sebab selalu aku sampai pukul 8.30 ke atas walaupun office hour aku start kul 8.30am.. hahaha.. betapa teruknya aku ini!!!!
Kesempatan ini aku gunakan untuk breakfast dengan B. Dah lama sangat rasanya tak breakfast berdua. Walaupun kitrg pegi balik keje sesama tapi tak selalu dapat berbual, bercerita, bertukar-tukar fikiran. Lepas dah makan-makan, aku pun nak naik kereta balik ke office (aduh.. betapa pemalasnya aku.. office aku tu dekat sangat ngan tempat makan masih nak naik kereta).. alih-alih dengar suara berdecit-decit. Cam sora tikus jeeeee..
Aku pun toleh belakang, nampak sepasang somi isteri ni dok lambai-lambai kat aku. Dahlah aku tak pakai cermin mata, mana nak nampak. Sekali..................
Kawan lama aku lah masa aku keje wat system kat sebuah company yang supply barangan untuk institut pengajian tinggi dan agak popular satu ketika dulu (a year ago) bila jadi kes mahkamah pasal kes penipuan. Aku ngan B pun langkah lah mendapatkan somi isteri ni. Dah kurus lak kawan aku si Bobob ni. Aku panggil dia abang Bob. Isteri dia Kak Mas. Dulu aku ngan Bobob ni memang kamcing. Kalau aku kena keje ari sabtu, dia lah tukang amik dan anta aku. Upahnya mesti ada breakfast untuk dia dan lunch yang selalunya provided by company. Company aku ni dulu meal untuk daily overtime je dah marvellous, RM6 untuk sekepala. Imaginelah tahun 2000 time tu RM6 dah cukup banyak tuk makan malam. Aku siap leh tapaukan part aku tu jadi 2 bahagian, satu tuk mak aku kat umah dan satu lagi tuk B yang masa tu tengah study kat UKM Bangi tapi ari2 datang KL. Untuk aku? Selalunya aku makan share ngan kawan2 aku yang tak kuat makan ni. Untuk Sabtu dan Ahad sapa datang dapat makan special :- APA-APA AJA FAST FOOD TANPA LIMIT RM. Slalu aku tibai pizza ngan Mc Donalds. Sesekali kitrg bantai makan Nando's atau Kari Kepala Ikan Stadium Negara.. pergh....
Ish.. melencong lak citer ni. Kitrg pun boraklah citer pe yang patut, pastu aku tanya dia still keje ngan Jeff ker? Bos lama aku ni Director ni namanya Jeffri, orang melayu kita tau. Dia memang tak lokek ngan staff. Ko minta je lah pe pun, semua dia agreed je. Kalau tak cukup duit company, dia keluarkan duit sendiri. Tapi make sure each time dia minta tolong ko datang kerja, ko kena datang. Dan aku salah seorang yang palinggggg rajinnnnn datang kerja especially hari sabtu dan ahad. Zaman tu tak de internet kat office aku tu tapi disebabkan makan semua ditanggung halal dan berehhhh, maka aku tak kisah datang kerja.
Sekali lagi aku melencong. Sebenarnya abang Bob ni bitau kat aku yang Jeff tengah cari orang nak kerja. Aku pun secepat kilat volunteer diri aku. Sebab aku memang tengah cari kerja lain memandangkan kat sini sekarang gaji pun dah liat, environment makin menyakitkan hati. Dan tadi aku call Jeff, personally. Dan dah email pun resume aku pada dia. Tunggu dan lihat je lah kalau2 dia nak panggil aku datang interview. Cuma aku agak ralat sikit sebab dia nak bagi post SALES. Ehm.. tengok jelah nanti.

Monday, February 16, 2009

Resign... aku?

Salam. Bismillah.
Naik pening aku kat office ni. Mana nak layan sakit gigi yang tak surut2, datang pulak khabar kurang enak di telinga. Telinga kanan aku yang turut mendapat impak dari sakit gigi bertambahlah sakitnya dengan berita buruk ni.
Cuti panjang sempena CNY lepas rupanya petanda yang office ni akan berkurangan orang. Sejak naik dari cuti panjang ari tu, bertalu-talu surat resign singgah ke meja HR. Pas sorang, sorang memanfaatkan kertas dan ink printer office ni. Bermula dengan secretary MD yang resign atas alasan patah kaki (mmg patah kaki tapi resign sbb patah hati!!!), bersambung dengan Mas yang sakit hati sebab dah keje 9 bulan tapi masih dalam probation, disambut Ummi yang dah tak sabar nak berlaki... tup-tup Mr Tai pulak nak pergi (diarahkan berhenti sbb ramai tak senang hati).. kemuncaknya malam final AF terbaru, Kak Siti si HR Exec yang baru minggu lepas pergi interview. Kerja belum dapat, tapi anta surat berhenti. 2 minggu bagi notis, suruh balik terus lepas tengahari..
Aku pun tak faham. Yang buat aku sakit kepala tu company tak fikir ke sekarang ni dah short staff? Sapa nak buat keje suma ni? Ingat kitrg ni buddha lapan tangan ke? Sotong kurita pun kalau ditarah kederatnya akan GIGIT dan TELAN dorang ni.
Aku masih berkira-kira. Bisnes sekarang ni kadangkala on kadangkala off. Tapi dalam kepala ada 3 rangkaian penyelesai masalah kerja aku ni. Berhenti dan duduk rumah goyang kaki? HA..HA..HA..HA.. kalau hubby ku dapat bagi barang RM2K sebulan, tepuk dahi, senyum nampak gigi lah aku...... MUNGKIN TIDAK~ aku bukan orang yang boleh duduk saja tanpa buat apa-apa.. kalau diberi 10 pilihan kerjaya, surirumahtangga adalah yang terakhir sekali aku pilih. Bukan tak nak jaga anak sendiri tapi aku jenis tak reti duduk mengadap tv dan kerja-kerja rumah je. Aku kan adventure orangnya! chewah... jadi, aku prefer siang di office, bergelumang dengan kerja dan malam di rumah dan bergelumang dengan anak!
Whatever is, aku masih dalam perbincangan dengan MIL untuk bisnes baru. Hah.. kami sekarang ni bestfriend tau! minat yang sama, saiz badan yang sama.. hahahahah....
Nota : Aku capek sekali dengan sakit gigi ni.. tolong Tuhan.. ubati aku...

Tuesday, February 10, 2009

Kerja.. kerja.. kerja..

Salam. Bismillah.
Tengah pening kepala. Bukan sakit kepala tau, tapi pening. Kerja melambak, orang tak de. Nak harap kan team sendiri pun susah, masing2 ada kerja nak diselesaikan. Request orang baru, MD tak approved. Secretary department sebelah tak renew contract, aku kena take over keja dia pulak. Tak susah pun, jaga makan minum Executive Director je tapi masalahnya aku bukan senang nak menjaganya tu. Banyakkkkkkkkk keja lain aku nak kena buat. Nak cari drawing lagi, nak jaga meeting schedule lagi. Memang lah aku banyak masa nak update blog, lah, nak surf internet lah.. tp orang tak tau, 1 entri aku, 3 jam baru selesai.. sebabnya? aku menaip sikit2. heheheh..
Pas satu, satu masalah timbul. Memula Mummy abis kontrak, skang Ummi lak nak terminate office ni.. huhuhu.. resign plak anak dara sorang ni, nak kawin katanya. Ngan tuan tanah kedaung.. huhuhu... abis tu plak proposal untuk minta clerk baru tak lulus. Tak pe lah En. MD, kitrg buat mana yang termampu ye.. kalau tak mampu juga kenalah aku pun anta surat cinta ke HR dept. Dengar2 HR Exec yang baru tu pun sibuk carik keje, tak tahan ke keja sini??? inikan pulak kami yang bergelumang ngan maki hamun tiap hari...
Oklah, aku nak sambung keje. Architect punya claim nak di summarise kan, bagi memudahkan kerja QS. Jadinya yang buat kerja tu aku lah kan? orang lain suma buat bila aku dah mudahkan.. mudahnya idup.. tak pe, tak pe.. kita gain experience, nanti boleh bukak firma sendiri..
Nota kaki : tak de maknanya.... uh, Ally Iskandar!

Wednesday, October 22, 2008

Sapa makan cili.....

Office ni ada cara tersendiri untuk menyerahkan document2 dari site atau dari consultant / contractor. Tak tau lah sapa yang mulakan tradisi sebegini sebab pada aku ianya amatlah menyusahkan bagi pihak penghantar dan penerima.

Salah satunya apa sahaja document dari site akan dihantar melalui despatch dan TANPA pengetahuan kami di HO. Nak dijadikan cerita, pagi tadi timbul satu sidang bertikam lidah secara simbolik antara aku dan otai dept sebelah.

Alkisahnya, document dari Subang site akan dihantar ke HO melalui despatch bertugas setiap hari. Itupun kalau adalah. dan BUKAN semua document yang dihantar oleh 'orang kami' itu adalah untuk dept aku, tapi terkadang turut terselit document untuk admin, mktg, sales admin etc. Dan disebabkan kitrg dlm project dept ni KERAPKALI dituduh menghilangkan barangan orang, makanya aku mengarahkan admin dept untuk membuka setiap envelope besar dari Subang site sebelum terus menghantar ke dept aku.

Iyalah, dah asyik sangat budak aku kena maki hamun sebab hilangkan document, padahal tak de black n white pun kata budak aku terima barang bagi pihak dorang. Mau tak hangin satu badan aku?!

Ceritanya, Ass. Manager dr sales admin datang serang dept aku tanya mana perginya SYABAS Bill untuk umah Semi-D kat Subang. Budak aku pun cakaplah mana ada kitrg simpan. Kalau ada pun kitrg terima dari site, ummi akan pass pada admin untuk in-mail (satu cara yang pada aku amatlah tidak berkesan untuk dipraktikkan!). dan semua bill yang sampai ke tangan kami sudahpun dihantar ke dept2 lain melalui system in-mail kohok ini sejak minggu lepas. So, this chinese lady tak lah bising. Aku lah yang bising. Aku marah sbb sepatutnya admin pantau benda cam ni sebab dah berulang kali aku remind untuk BUKA setiap envelope, jangan hantar terus pada kitrg.

Tetiba tak de angin tak de ribut kakak sebelah ni menjengah kat partition ni sambil bagi reminder kat budak aku yang sorang ni. "next time kalau boy balik, naik atas ambik barang korang sendiri. Jangan harap orang lain ambikkan" aik.. pe kena mengena ngan dia lak ni yang dia nak sound budak aku.

Bila ummi masuk dept, aku pun tanya ummi mana peginya bill2 semua yang dah received dari subang. ummi cakap dah anta pegi account untuk wat payment. abis, mana bill semi-d untuk sales admin? dah pegi in-mail lah.. hah.... skang dah ilang.... kebetulan, lyn dr admin ada kat sini. so, sekali lagi aku remind dia untuk bukak suma envelope dan serahkan pada orang tertentu yang telah ditulis namanya oleh orang site. lyn kata dia dah bukak suma dan dah bagipun.

petang ni pulak disebabkan orang site dah call bitau ada barang dikirim pada boy, makanya ummi pun naiklah atas untuk collect (diulang taip - setelah diberitahu). tak pasal je kakak sorang ni sound ummi, pandai lak ko naik atas. hahahah... ummi pun sahut, selama ni pun saya memang pandai naik sendiri. agaknya tak puas hati atau sakit hati dengan jawapan ummi, dia tanya lak, 'pagi tadi kakak ko cakap apa?' tu merujuk pada apa yang aku cakapkan lah tu..

aduh Tuhan.. sedikit pun tidak ada niat dihati utk menamakan dia dalam watak2 cerita aku pagi tadi. sesungguhnya kalau dia terasa, makanya dia telah tersalah anggap pada aku. tapi kenapa dia MASUK CAMPUR urusan dept aku dengan dept atas? Adakah dia terasa dirinya betul semedang, dan kami budak baru setahun jagung ni tak reti buat kerja? Sorry to say lah.. aku dah hidup berbelas tahun dalam bidang administration and management ni. Setakat nak jaga admin, HR, Account and Operation ni bukan nak cakap besar, insya Allah aku bleh handle. Customer Service (keje yang dia buat tu pun) aku dah pernah buat selama 2 tahun. Tang mana dia nak judge aku tak reti buat keja?

Mana dia belajar dia bleh campur tangan dalam urusan pentadbiran dept orang? Aku tak penah sekali pun masuk campur hal dept dia (walaupun pada aku cara dia mentadbir budak bawah dia adalah tidak betul dan tidak dipersetujui oleh staff bawahan : tp disbbkn dia KEPALA sementara tak ada bos, aku biarkan je lah.. byk keje lain aku nak buat) kenapa perlu dia buang masa dan tenaga untuk atur dept aku? Dan yang buat aku tak puashati tu hal pagi tadi TIDAK KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN DIRINYA.

Takat nak tunjuk pandai, harap pergi ke kaunter pertanyaan. Hah.. kat situ ramai orang nak gunapakai kepakaran awak. Dept saya tak memerlukan sebarang tunjukajar dari awak yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita. Bukan nak cakap besar, selama hari ni kitrg tak de sebarang masalah dgn dept luar dan bos aku sendiri tak penah komen keje aku tak elok, arrangement aku tak bleh pakai.. so, there is no point for me to listen and follow your instruction!

Bukan aku tak appreciated pandangan orang tapi kalau nak memberi cadangan atau pandangan harap bagi salam dan berbudi bahasa serta menggunakan cara yang betul. Dan pulak tolong ambik tahu dulu macamana perjalanan dept orang sebab kita bekerja bukan dgn cara yang sama, bukan sama bos. Dan bukan semua yang ada dalam office ni berada dalam pengetahuan anda.

Anyway, pada yang terbabit dalam entri kali ini, aku nak minta maaf sebab aku tak penah ambik tahu pasal dept korang, cara macamana korang atur staff korang, cara macamana korang solve problem korang.. so, harap tak de campur tangan dalam dept aku yang serba meriah gitu.. ke ada yang dengki sebab dept aku ni quite flexible dgn bos yang ala-ala tak kisah gitu!?

DSB Open House

Macam yang aku khabarkan dalam entri INI, opis aku berjaya mencekik leher staff melayu untuk meng organize satu open house ala-ala rela gitu pada 17th October 2008 yang lalu. Biarpun kami tanpa rela dan tanpa cukup belanja, kami tetap adakan juga party (shud i say party instead of open house?) itu sebagai mengenang jasa orang kuat opis ni (i hate to type this word!!! honestly!)

berikut adalah kisah2 seterusnya yang mengundang hangin satu badan beberapa hari sebelum ketibaan hari yang diagung-agungkan itu.

peristiwa 1 :
Selasa 14/10 - salah seorang staff dr dept atas (lvl 4) mengadu dgn aku yang ada dikalangan melayu2 asli dalam opis ni MENENTANG KERAS usaha mereka untuk membuat agar-agar. kata mereka " korang makanlah agar-agar korang tu kalau masih nak truskan. jangan harap dapat makan makanan kitrg."
pesanan penaja dari aku :- lantak pi lah ngan depa tu! ingat kita heran sangat ke ngan makanan dorg? kita nak join pun dah cukup bersyukur lahhhh... ko jgn takut, ko tukar agar-agar ko ngan buah dept aku.. kita jadik vegetarian ari tu!!!!

peristiwa 2 :
Rabu 15/10 - uam melaporkan dari rumah ida yang dia dan staff atas tu kena kutuk giler-giler nya pasal dept kitrg cuma nak bawak agar-agar dan buah-buahan untuk party hari jumaat.
pesanan penaja dari aku :- apa je lah masalah dorng ni? Ingat kita ni banyak duit ker pas raya ni? Ni kan ke tengah minggu. Lagipun takkan nak nyumbat benda mahal2 kat tekak cha ya nun alif tu bebanyak? dorang tak kuar belanja shatu shen haram pun!!!

peristiwa 3 :
Khamis 16/10 - babyAD cakap dia terpaksa (tolong baca dipaksa) menukar menu dari agar-agar kepada meehun goreng setelah langau-langau dan nyamuk pembawa Chikunguniya ini mengeluarkan bisa-bisa dari mulut mereka.
pesanan penaja dari aku :-UMMI, kita TAK PAYAH tukar menu kita. SUGI.. beli je buah tu. Kalau dorg rasa tak nak bagi kita makan, kita tak yah makan. Biar dorang melantak bagi habis sampai jilat buntut periuk. Kita makan je buah-buahan kita. Kan kita nak jadi vegetarian? (makan buah je boleh panggil vegetarian kan?)

peristiwa 4 :
Jumaat 17/10 hari keramat, penghulu segala hari - Segalanya selamat terhidang termasuklah mee goreng (pihak kedai tersalah masak - maaf dari pihak pengambil order yang agak sound trouble) yang telah diubahmenunya oleh dept atas dan buah2an dari dept aku yang meriah gitu.. jangan tak caya, dept aku yang berempat itu terpaksa spent RM30 untuk buah2an tu semua.. BUKAN RM3 tauuuuu!!!!!!

Kesimpuan dari peristiwa 4
1) Buah-buahan kami tidak bersisa kerana habis dibelasah mereka2 yang agak kurang senang dengan budget yang mereka-mereka keluarkan oleh semua orang.

2) Aku tidak menjamah langsung masakan yang mereka bawa kerana kurang rasa dan kurang menepati selera tekak dan anak dalam perut aku. (lagipun aku bukan minat sangat menu2 tu semua dan kurang berminat untuk join party tu sbb tension ngan keje yang banyak...)

3) Apa sahaja yang terhidang hari itu, yang mana diclaim oleh mereka sebagai makanan yang pasti menjadi ingatan ramai (salah seorangnya ummi, hahahhaah!) - rata-ratanya mendapat sambutan kurang bersemangat oleh tekak2 tetamu yang hadir. Maaf, bukan saya seorang yang bersuara, ada segelintir juga cumanya suara sumbang kami dilontar ke bawah meja, ke tong sampah dan ke telinga teman sebelah untuk mengelakkan pergaduhan mulut. Tapi tak kisahlah sbb menu itu tidak tersenarai dalam menu tekak aku untuk hari itu.

4) Hidangan last minutes adalah makanan terbaik untuk hari itu. Tahniah untuk dept yang dipaksa menukar menu mereka.... credit untuk kedai oren!!!!!

5) Aku kekenyangan dalam melayan rendang daging ala N9 yang ada umpphh... biarpun dianya adalah hasil tangan orang kuat yang aku tak shuka ituu!!!! tapi aku dah minta ijin amik lebih. Untuk pengetahuan si dia, bukan aku makan banyak, tapi aku sedekah pada kengkawan sekeliling. Aku ni taklah buruk lantak sangat!


berikut adalah sesi gegambaran yang berjaya dimuat turun dari kamera admin assistant dan mktg exec yang sangat prihatin pada kami yang miskin hina tak de kamera ni ..... layanzzzz...

Tuesday, October 14, 2008

???? ????? ?????

Pas raya ni lagilah rasanya aku tak de mood nak bekerja. Bukan aku sorang lak tu, kengkawan aku kat opis ni pun sama. Ntahlah.. kena plak kitrg ni DIPAKSA untuk buat open house. Letih nak melayan cha ya nun alif kat opis ni. Sukahati orang lah nak buat open house ke tak ke. Main paksa lak buat open house!
Cerita sbenarnya cha ya nun alif kat tingkat 4 ni suh kakak HR yang baru tu buat open house (tolong baca betul2 : OPEN HOUSE ~ RUMAH terbuka, bukan opis terbuka) dalam erti kata lain buat kat umah dia lah. Tapi si kakak tu punyalah cenekelnya.... dia bagi alasan umah dia kecik lah, tak bestlah buat kat umah.. padahal sendiri mau ingatlah. Tak rajin nak melayan lah tuuuu! Dan2 tu lak mulut dia lancang kuning kata nak wat kat opis je. Siap email tu pada SOD (Secretary of Dept.) bitau ALL MALAY STAFF organizing the open house... C!*@!.. bila masa lak kitrg suma ni organize benda yang melibatkan banyak duit ni???
Kat sini, ada tradisi pelik. Ntah kamus mana dorg guna, ntah petua mana dorg pakai. Each boss' birthday staff kena celebrate. Tang celebrate tu tak kisahlah, ini ... kita yang kena kuar duit, masak / order untuk satu opis makan. Dahlah tu yang cha ya nun alif tu masak sendiri, ikut selera mak ayah dorg, for sure kita tak leh bedal (kot ada yang teringin dan brani mau cuba, dipersilakan) tapi tang kitrg nye makanan pakat satu opis bedal.. Imagine lah tiap kali ada function camni kitrg kena kuar sampai RM15 sorang. Tapi makannya tak sampai pun RM5 sorang. Tak sakit hati ker?? Dah lah kita kuar duit, leh lah pulak bos2 ni jemput kengkawan, sanak sedara datang makan... abis lauk pauk kita dorg bedal.. Tak cukup ngan bedal, tapau bawak balik tuuuuu!!!! Hangin tak hanginnn???
kali ni si kakak HR tu minta RM20 sorang untuk amik katering luar. Aku dengan slambee nye declare dept aku not agreed on this suggestion. Ktrg rancang nak MC je on that day. Hahahaha.. imagine nanti, satu dept tak de orang.. lantak korang lah... kalau adapun kitrg bawak buah je. Itu pun mau tanya buah apa, bape bijik... yang cha ya nun alif tu lak bleh demand nak air tu, nasi ni, kuah tu, rendang ni.. ikut sedap mulut je...
dorg ingat kitrg ni CHOP DUIT ke dalam dept ni? Dahlah tengah bulan camni. Duit tu memanglah ada tapi kalau dapat gaji around 25hb tu lega la gak. Aku tgk calendar cerah masa depan gaji masuk on 3rd Nov sbb 31st tu ari jumaat. abis sementara nak dapat gaji kitrg nak makan apa?????????
Ni yang membuatkan aku nak maternity awal ni. Sakit hati dengan keadaan kat opis ni. Dahlah kerja banyak (even byk pn smpt gak aku update blog, kan?? huhuhu.. curik masa skittttt!) tambah ngan sakit ati melayan perangai orang2 yang tak betul ni.. mana aku nak fikir nak carik duit nak beranak lagik.. hahahahah... kekadang difikirkan truk tul aku ni.. benda kecik camni pun nak tension. Relaxlah.. cool down beb!!! tak de masalah yang tak leh diselesaikan..
nota kaki : ada dgr2 tak tahun depan ekonomi merundum teruk? Nak kena standby berdikit dari sekarang ni.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..