Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Hutang

Salam. Bismillah.
Maaf dipohon pada teman-teman yang menjual tag.. ku sudah beli tapi ku belum langsaikan hutangnya. Masalahnya sekarang ni, ku tak ingat pada sapa ku beli tag, tag apa dan bape reganya..
Jadi, pada penjual-penjual budiman sekalian alam, mohon tinggalkan komen di entri kali ini berserta link (jika rajinlah yee...) bagi memudahkan aku menebus kesalahan lampau. Insya Allah akan kusudahkan minggu ini jika kelapangan dan tidak berchoti.. Maaf ye sekali lagi..
Nota Kuku Cagu :
Ntah kenapa gambar tak boleh
load lak kat pc aku ni... aku kena hold 3-4
entri melibatkan gambar. tu pasal blog ku
sunyi sepi je... sian kat anak2 tunggu gambar
tak kuar gak.. so, entri melibatkan gambar
akan tidak bersiaran untuk sementara waktu.
Harap Maklum.

Friday, March 20, 2009

Sisterhood Award

Salam. Bismillah.

Punyalah lama rasanya tak dapat award. Hari ni masuk je blog Myza yang sudah berwajah baru, nampak lak award ni. Walaupun namaku tersenarai di tangga ke 11 (padahal nak 10 je) aku dengan bangganya terimalah award ni. Sebab aku tau Myza ikhlas nak bagi ni.. kalau tak, takkan lah dia dengan slambee nya melanggar arahan letak sampai 11 nama.

Jom, kita berbalas award!

--------------------------------------------------------

The rules:

*Place the award logo on your blog.

*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”

*Link to the nominees on your blog post.

*Comment on their blog that you have nominated them.

*Share the love and link to the person who nominated you.

--------------------------------------------------------

Ikutkan aku ni bukanlah seorang yang 'bagus' sangat untuk dapat award camni. Banyak mana sangatlah sumbangan aku dalam bidang blogging ni. Kalau nak diikutkan ilmu pun kurang. Blog ni banyak berceloteh, lepas perasaan dan perasan je. Paling-paling pun rasanya kisah anak-anak yang pelbagai perangai.

si pemberi award ni pun baru lagi aku kenal. So far Myza yang aku kenal ni lembut orangnya. kalau dia nak mengeluarkan statement sakit hati ke, apa ke pun dengan bahasa yang lembut tapi tegas. ( Tak caya baca entry dia pasal MyHeritage tu asalnya dari yahudi). Pun suka citer pasal anak-anak dia si Muqry dan Nuryn.

Tanpa membuang masa, let share the award!! Dengan bangganya mengisytiharkan nama-nama di bawah adalah di antara pemenangnya :-

1. Shinta_mum a.k.a Mimie - geng sharing ilmu cd dan minat yang sama - novel & puisi

2. Shaza - geng sekepala dan sharing kisah anak-anak

3. Myza - sifu tentang menyelamatkan dunia. GO GREEN!

4. Tie (tie tak de blog tapi akak nak bagi jugak!) - kawan nak gelak besor!

5. Mama_lin a.k.a Linda - baru nak kenal mesra

6. Dr Sarah - Pemangkin generasi akan datang

7. Chemah - my best friend forever

8. Kak Millie - new sifu in cd world

9. Salwa - sifu susu ibu dan info agama ni!

10. Alizaressya (kita baru nak kenal awak!) - ?? kita kenal2 dulu ek?!

Myza, disebabkan awak adalah orang yang memberi award ni, sy tak harap awak pulangkan balik / buat lagi... cukuplah sekadar sy nak bitau sy pun bersyukur ada kawan macam awak yang tak kedekut ilmu..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..