Showing posts with label Manja. Show all posts
Showing posts with label Manja. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

Baby Cute Contest

Salam. Bismillah.

Tadi ku pergi ke semua blog mommies, mostly ada je contest ni. Semalam ku tinggal pesan kat blog Tie a.k.a Luvhaziq ari ni ku baca .. oh.... kat blog Hayatie mama pengepump tegar itu pun turut mewartakan anaknya si Azri Azzuri itu sebagai si comel sebagai memenuhi syarat untuk masuk ke BBC ni.. Lantas ku pun terjah ke blog mama_aqish untuk turut serta dalam kempen ini meskipun ku tak kenal mamanya si Aqish ini.. tapi tak kenal maka tak cinta kan? Macam aku dengan hubby dolu-dolu.. dah kenal, bercinta, tup-tup kawen lak. ahakssss..
Makanya... Aku? Nak join jugak!!!!!!


Nama Saya : Syadni Syamila binti Shida Adly
Nama Cute Saya : Manja
Nama Glamour Saya : Mila in d' House!!!! (Ayah saya minat kat Mila)
Tarikh saya dilahirkan dan masanya : 10th November 2008 / 12.26 tghr
Tempat Saya dilahirkan : Bilik Bedah 2, HUKM
Kenapa Saya Wajib dipilih sebagai pemenang Baby Cute Contest :-
1) Saya adalah anak yang membesar dengan Susu Ibu yakni susu mama saya.
2) Saya cuma pernah demam sekali je sepanjang umur hidup saya. Bagus kan?
3) Saya sangat pandai bermain dengan kakak Mimi saya sehinggakan tidak perlu pengawasan mama dan ayah saya (melainkan kalau Kakak Baby ada sebab dia slalu gigit saya)
4) Rambut saya curly; ramai mommies kawan mama saya suka sama rambut saya yang curly itu.
5) Mata saya bulat dan besar, bersinar walaupun saya tak minum pati Inner Shine.
Sebab-sebab saya join contest ni :-
1) Saja suka-suka. Saya suka ramai kawan, mama saya lagiiiiiiii lah suka ramai kawan (Sebab dia becok! Suka bercakap je kerjanya.. hahahha ~ jangan bitau dia 'ek!)
2) Saya tak kisah menang ke tak sebab saya memang suka cari glamour cara camni.. (Ala, anak kawan mama saya pun suma cam ni gak ~ interframe diri sendiri)
3) Mama saya yang suruh masuk.
Ucapan saya untuk semua :-
Untuk mama Aqish ~ Terima kasih sebab jemput semua baby-baby sedunia menyertai contest ini. Tak menang pun saya tak marah, menang apatah lagik.. ahaks... Aiman tak kisah, mama saya lagilah tak kisah.
Untuk mama saya ~ Lenkali jangan paksa Manja tulis suma ni tau! Penat! Manja nak balik minum susu kat umah ibu. Bye mama!!!
BYEE MANJA...... anak ku, anak ku...

Manja dan Susu Ibu

Salam. Bismillah.
Tiap kali aku pandang Manja, aku selalu tersenyum. Setakat ni sudah 5 bulan Manja lahir, belum pernah sekali pun dia demam teruk. Dan seingat aku, cuma sekali je Manja demam dan temperaturenya tak sampai pun 38.5 dan cuma untuk 1 malam. Selepas bf berkali-kali Manja akan berpeluh sesangat.
Berbanding dengan anak yang paling tak merasa susu ibu (Adik Yaya), Manja boleh dikategorikan sebagai seorang anak yang tidak belum lagi memberi susah dan menjaga tiap kali demam / selesema / batuk.
Manja juga cepat naik berat badan dan sekarang ni banyak minum susu. Masa 4 bulan aku timbang Manja dah 6 kg. Hari tu balik Seremban aku timbang dah dekat 7 kg. Tiap hari aku kena bekalkan 15 oz sepanjang Manja tinggal dengan ibu. Itupun kekadang ada balance 2 oz, kekadang ibu kena amik top-up dari rumah mak aku.
Malam pun Manja makin kerap menyusu dan bila dicabut n**ple dari mulut pasti dia mencari-cari sampai sarung bantal pun jadi dihisapnya. Tu belum lagi lengan baju aku, towel kecik, tak pun jari tangan Baby yang tidur sebelah dia pun jadi dihisapnya.
Bila tengok Manja suka sangat nyusu SI, rasa cam tak nak lak aku campurkan ngan solid food bila Manja dah 6 bulan nanti. Aku nak dia terus je minum SI sampai 2 tahun. Ada brani???

Friday, April 10, 2009

Manja Development

Salam. Bismillah.
Manja 5 bulan!!!! Bestnya... cepat betul dia membesar dengan sihatnya. Hmm... tak de update terbaru tentang Manja cuma dia makin galak menyembur air liur pada sesiapa yang dia suka! Hanya pada yang dia suka je tau.. tapi semalam gelaknya makin besar dan makin panjang bila bermain dengan kakak Mimi.. sungguh chemistry antara mereka terserlah berbanding yang 2 lagi. Punggungnya terus terangkat tapi angkat je lah, tak de pun ada tanda-tanda nak push badan tu ke depan.
Tapi Manja kuat menyusu sekarang ni. Time malam nak bergantung tak nak lekang. Naik kembang rasanya n*pp** aku ni. Ish.. bila dilepaskan cepat je terjerit. Nampak gaya kena biasakan dia isap jari ni. Bukan jari kaki tau (aku seriau budak isap jari kaki ni, ari tu pun Manja dah isap2 mak aku dah jeling2 je.. hahahhahahah - tapi keputusan upt aku : -VE). Manja pandai adjust ibu jarinya masuk ke mulut. Ikutkan anak sebelum ni tak de sorang pun yang berjaya memasukkan thumb ke dalam mulut melainkan dengan kehadiran jari2 yang lain. Tapi Manja sebaliknya. Dia kenal mana satu ibu, telunjuk dan ibu jari kaki!
Ada petua untuk lepaskan ni**le dari mulut baby tanpa disedari olehnya??

Monday, April 6, 2009

Jatuh Sofa

Salam. Bismillah.

Semalam di rumah Seremban.
Situasi : Mak Long Datang.

Aku : Hah.. masuklah.. Mak tak de, ke kenduri si Rembau. Nenek tengah lepak tu.
Mak Long : Laa.. mak kau ni. Kenduri pulak.

Situasi : Aku melangkah masuk untuk ambil air sembahyang sementara Bibik di dapur, anak2 ku dalam bilik bawah bersama Pak Usu (adik ipar) sedang bermain. Nenek dan Mak Long serta Pak Long di meja makan berhampiran hall.
Adik iparku keluar dari bilik menggendong Manja.

Aku : Kakak nak sembahyang. Letak Manja di bawah, bentangkan toto.

Situasi : Aku menunduk ke lantai mengambil berus gigi yang menjadi permainan budak Baby.

Manja : Warghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (terus-terusan seperti kena pukul lagaknya)

Aku : Ya Allah, Manja!!! Situasi : Berlari mendapatkan Manja yang sudah ada di pelukan adik ipar.
Aqmal : Manja jatuh. Aqmal tengah bentang toto nak letak dia kat bawah.
Aku : Aqmal letak dia kat mana? Situasi : Suara bergetar dan air mata sudah berlinang.
Aqmal : Kat sofa.
Aku : Tepuk dahi!!!!
Hubby : Kenapa tu?? Situasi : Berlari dari tingkat atas ke bawah.

Aku : Lenkali tidurlah lagi, tak payah tengok anak! Situasi : sedikit geram dan sedih sewaktu melintas depan hubby.

Manja jatuh sofa waktu Pak Usunya sedang membentang toto untuk baringkan dia di carpet. jatuh dari sofa setinggi 3 kaki dan tidak berhenti menangis selama hampir 10 mins. Tiada kecederaan serius, tidak muntah (sehingga ke hari ini) tetapi tidak boleh diletak ke bawah tanpa orang dikeliling (trauma).
Aku mengurut dada menahan perasaan bimbang sesuatu buruk berlaku pada Manja. Sedang dalam kira-kira untuk membawa Manja ke paed (kawan hubby) sekiranya Manja berubah perangai bermula dari hari ini. Ya Allah, lindungi anak2 ku, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu. jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan, mara bahaya, mala petaka dan penyakit2 bahaya serta api nerakaMu. Amin.

Tuesday, March 17, 2009

Manja Close-Up

Untuk auntie Mimi a.k.a Shinta_mum..
Dalam kereta waktu balik jogging


Di TTP temankan kakak-kakak jogging - dalam baby carrier

Di kedai makan - tak clearlah gelap.. muka tengah quiry tu mama aku ni pelik tul perangai..


Eh, mama amik gambar Manja.. senyum!!!!!

Cloth Diaper & Manja


Salam. Bismillah.


Sejak dari pertemuan para ibu ahli susuibu.com, aku pakaikan Manja cloth diaper @ CD sebagai langkah awal untuk penjimatan duit dan memelihara alam sekitar. Hijaukan Bumi Kita!!! Semalam aku terdengar Abby Fana bercakap dalam Suria.fm (betul ke hah) tentang hijaukan bumi. the best part tu ayat akhir dia : BUMI INI BUKAN KITA WARISI DARI IBU BAPA KITA, SEBALIKNYA KITA PINJAM DARI ANAK-ANAK KITA.. Hah.. terfikir gak aku, betul..betul..betul..


Sekarang aku dah ada 6 sets of CD. 2 sets Lunatot punya, beli waktu gathering hari tu sebagai permulaan dan sebagai experiment. 1 set Coolababy 2 insert yang dpt harga runtuh beli dari kak liza lepas kenduri kawin kawan hubby di Taman Melati pada 8 Mac 2009 dan 3 sets kirim dari Shinta_Mum a.k.a Mimi di KK sebab yang ni murahhhhh ya amat dan datang dari China, cuma RM3.50, cover dia pun bukan plastik, tapi kain juga. Terima kasih, bah atas pertolongan kamu. Cuma material dia jauh lebih cekai dari yang ke 2 lagi tu. But then masih boleh digunapakai dan memuaskan hati lah...


3 sets pertama dah pakai, cuma yang 3 sets terakhir tu belum sempat di cuba try test tengok sbb malam tu aku basuh je, esoknya ujan lebat-selebat-lebatnya... wargh.... tak kering.....!!!! ngan cd-cd yang lain tu pun tak kering...


jadinya Manja hari ini pakai DD buat sementara waktu. Sekarang tengah mencari CD 2nd hand, kalau ada yang nak jual.. mohonlah menghubungi aku.....

Tuesday, March 10, 2009

Manja Development

Salam. Bismillah.

Hari ini Manja genap 4 bulan. Napa aku tak hupdate perkembangan Syadni Syamila a.k.a Manja ni everymonth? Ntah ye.. aku sibuk bangat di kantor ini.. hahahha..
Manja sudah meniarap. Maaf, bukan malam tadi, bukan semalam dan juga bukan kelmarin, tetapi sejak sebulan dulu ketika dia genap 3 bulan. Cepat, kan? Ada ketika aku risau bila dia kurang menyusu, rupa-rupanya dia punya muslihat. Ilmu meringankan badan. Sekarang bila dah berusia hampir 4 bulan (seminggu kebelakangan ini) dia sudah pandai angkat punggung dan mara ke depan. Bukan melangkah ye tapi merayap.
Sudah pandai hisap jari biarpun bukan ibu jari. Entah gusinya gatal atau jarinya yang gatal, aku kurang pasti. Sudah pandai berborak, ya ampun bising nya mulut dia menjerit-jerit. Sudah pandai pegang botol susu. Sudah kenal orang. Yang jarang sekali bertemu memang tak layan.
Sudah pandai main piano dengan kakaknya. Sudah tidak boleh diletakkan dalam rocking chair kerana sudah pandai menolak badan turun ke bawah. Bouncer juga dah pandai turun sendiri.
Weekend langsung tak mahu tidur dalam buaian. Asyik mengajak mamanya berkepit dan baring sekali. Mamanya pun ada lagi, pucuk dicita, ulam raja yang datang.. hahahahah...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..