Showing posts with label Duit. Show all posts
Showing posts with label Duit. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Musim Kering

Salam. Bismillah.
Mesti ramai yang tertanya napa lak musim kering? Sekarang kan tengah musim hujan tak tentu masa ni. Hah.. untuk pengetahuan semua POKET aku yang tengah mengalami musim kering. Imaginelah, baru kul 2 tadi gaji masuk. Sib baik lah bank cuma kat tingkat bawah ni dan kami menggunakan in house cheque, so cepatlah clear. Kalau tak mau rasanya aku bakar company ni sebab gaji lambat sangat.
Ini semua si c*l**a tu punya pasal lah. Kat office aku ni ada sorang director perempuan yang maha busuk hatinya. Elok2 sebelum ni gaji on time, bila dia take over HR/Admin Dept. dia sedaya-upaya (baca : sengaja) masukkan gaji sebelum 7hb. Napalah labour law buat act macam ni? Sampai 3 hb je sudahlah. Ni namanya menyusahkan orang.
Disebabkan mak aku dan SIL aku dah berkicau (baca: bertanya) bila gaji nak masuk, aku punya jantung dah dup dap dup dap, keciwa sebab al-maklum je lah dorang depends pada aku untuk sara idup. Bila lambat sampai macam ni terus semua tergendala. Aku pun naik tension dan hasilnya waktu pumping ini pagi cuma mendapat 1.5 oz je. Termenung aku sekejap. Dahlah semalam pun aku pump sekali je, itupun sib baik dapat 4.5 oz. Memang terasa sangat aku stress.
Padahal hari rabu lagi all bosses dah sign cheque (she is not entitle to sign cheque but we still need her approval as a HR Director to release the voucher {baca : dia gila kuasa!!!} ) sepatutnya semalam cheque tu dah boleh bank-in tapi dia instruct orang bawahan dia (baca: macai) jangan bank-in dulu sebab dia cuti. Kan dah terang2 sebelum boss suma sign dia dah sign kat voucher, apa lagi yang dia nak??????????
Nak tak nak kenalah orang bawahan dia (baca: macai) ikut arahan dan submit semula pada dia hari ni. Itupun dia wat dek je kat kertas ngan discs semua tu sampai ke tengahari. Dan NAK TAK NAK, aku kena jugaklah baca mentera (baca : MENYUMPAH SERANAH) dia dari pagi sampai ke tengahari. Abis amalan aku sepanjang malam tadi dan pagi ni. Cis! Dahlah dia tu jahil, nak diseretnya aku menjadi jahil sepertinya.
Tapi, gaji dah masuk dan aku dah senyum lebar, gelak besar dan masih duduk membaca blog, menghupdate blog dan melayan perasaan selepas aku berjaya menyiapkan semua kerja di awal pagi tadi dalam mood kebosanan... dan sesi pump kedua aku berjaya mencapai ke angka 5 oz untuk tak sampai 10 mins.. bagus.bagus.bagus
Nota Kuku Jari : Ku bukan belanja banyak tapi bulan ni
asik ke klinik sebab anak2 ku itu selalu saja
dilanda demam dan selesema. Harap2 lepas ni keadaan kembali sejahtera. Amin.

Wednesday, October 29, 2008

Masalah Orang, Masalah Aku

Makin dekat EDD aku, makin banyak masalah timbul. Biarpun masalah tu bukan masalah aku, tapi tempiasnya tu kena kat aku. Naik semak pulak fikiran aku memikirkan tentang orang sekeliling ni. Tak ditolong, bukan orang lain. Nak ditolong tak tertanggung rasanya berat kat dada dan kepala ni. Kekadang terfikir kenapa Allah timbulkan semua ni dan humban pada aku. Tapi difikirkan balik, aku cepat berisythifar sebab Allah lebih mengetahui sampai mana tahap kesabaran, ketabahan dan tindakan aku untuk semua perkara ni.
last month sebelum raya aku dah berjaya menyelesaikan masalah kekurangan duit seseorang. Alhamdulillah, waktu tu Allah kurniakan rezeki lebih untuk aku bantu seseorang itu. Dan alhamdulillah juga, berkat dari pertolongan aku itu, dapatlah seseorang itu berhari raya dalam keadaan yang agak sempurna. Biarpun sebenarnya duit itu aku perlukan untuk keperluan bersalin, tapi aku pejamkan mata untuk seketika. Dan sampai ke hari ni pun aku belum lagi bersalin! Kan Allah itu lebih mengetahui tentang setiap perkara yang ditetapkan olehNya?
Dan beberapa hari sebelum raya juga ada seseorang yang tidak punya gaji untuk berbelanja, membeli sedikit keperluan berhari raya dan yang paling penting tiada duit untuk saat-saat akhir puasa. Sekali lagi, atas dasar kemanusiaan, atas dasar kasih sayang, aku titipkan sekeping duit untuk seseorang itu dengan niat jika dia ber'ada' pulangkanlah, tapi jika tidak; cukuplah sekadar aku katakan tanggungjawab aku untuk membantu orang yang susah. Dan dengan kehendak Allah jua, aku masih belum bersalin.
Sekarang ini, aku masih ditimpa masalah yang sama. Saat kelahiran boleh dibilang dengan jari tapi Allah masih mengurniakan aku 'hikmahNya' dengan menghantar satu berita kurang enak, saat aku 'sesak' mencari sisa-sisa tambahan untuk 'mengadakan' persiapan bersalin. Tapi aku yakin, Allah itu lebih mengetahui tentang setiap kejadiannya. Dan aku akan cuba 'mencukupkan' apa yang kurang untuk seseorang yang baru ini dan dalam masa yang sama akan cuba 'mencukupkan' keperluan aku sendiri. Aku yakin, Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersyukur dan 'menyebarkan' rezeki yang diberi olehNya.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Doakan aku berjaya!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..