Showing posts with label Allah.. Show all posts
Showing posts with label Allah.. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Muhasabah

Salam. Bismillah.
Semalam dalam pada menunggu giliran masuk jumpa doktor, aku terkenang-kenang time aku naik lrt pergi kerja. Masa tu B keje merata-rata; kejap ke Perak kejap ke Banting kejap ke Padang Besar. Bangun pagi seawal 6 pg, dok nak sidai baju, basuh baju, kemas pe yang patut, transfer anak3.. letih.. tak terkata.
Pastu nak berkejar ke lrt (taklah berlari pun, abah aku anta naik keta). part yang aku nak citer ni tentang DULUNYA waktu tengah tunggu tren aku akan layan zikir dan selawat nabi sampailah tren tiba dan sambung lagi zikir asma ul husna sampailah aku transit kat Chan Sow Lin untuk tren ke Ampang. Bila dah turun tren kat Pandan Jaya aku akan baca Ayatul Kursi sampailah kaki aku jejak ke depan pintu lift.
Tapi sekarang, semenjak B ada dan anta aku pegi balik keje, rasanya dah JARANG sekali aku berzikir dan berselawat; kenapa ye? Ikutkan logik, lebih senang aku nak berzikir sebab dalam kereta, tak bising, sambil duduk relax, tapi aku seakan hilang dalam ngantuk, hilang dalam leka memandang kereta kiri kanan..
Dan aku perasan sangat, Allah bagi signal di mana sejak kebelakangan ni aku 'kerap' dilanda kesusahan dari segi jiwa dan fizikal. Mungkin nak ingatkan aku tentang Dia. Betul2 aku terasa yang aku seakan menjauhkan diri dari Dia. Tak de orang lain yang salah dalam hal ni melainkan AKU.. AKU.. dan AKU...
Kekadang mulut aku lancar je nyanyi lagu Andai ku Tahu.. tentang ajal yang bakal menjemput tak kira waktu. Tentang dosa pahala, tentang syurga neraka. Masa tu baru aku sedar, aku lalai dalam menunaikan janji aku pada Dia masa aku mula2 masuk kerja kat sini.

Tuesday, November 25, 2008

Aturan Allah

Aku selalu berfikir tentang setiap kejadian yang jadi pada aku. Kalau dulu aku selalu menyalahkan diri sendiri sekaligus memandang tiap kejadian itu sebagai tanda 'betapa bencinya Allah pada aku'. Tapi sejak berumur ni, aku selalu muhasabah diri. Aku selalu bisikkan dalam diri yang Allah sentiasa mengasihi tiap makhluk ciptaanNya tanpa beza paras rupa dan keadaan kejadiannya. Dan aku akhirnya akur tentang aturan Allah.

Sepanjang di hospital sementara menunggu si kecik ni keluar dari perut, aku belajar untuk lebih bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku. Bila berbual dengan bakal-bakal ibu yang ada di sekeliling aku, aku jadi sedih memikirkan kenapa selama ini aku memandang keadaan aku adalah keadaan yang paling teruk berbanding orang lain. Setelah mendengar sedikit sebanyak dan berkongsi pengalaman dengan bakal-bakal ibu itu, rupanya aku tergolong dalam puak yang paling kecil menerima dugaan dari Allah.

Difikirkan semula, masalah kulit sensitif, terpaksa dibedah dan sakit belakang adalah masalah kecil berbanding mereka yang berumah bertangga di hospital lebih dari 2 minggu. Masing-masing dengan masalah darah tinggi yang kronik, uri melekat pada rahim, uri di bawah dan pelbagai penyakit yang aku sendiri tidak tahu sebab dan musababnya.

Maknanya aku masih berada dalam kalangan mereka yang mendapat belas kasihan dari Allah, dikurangkan kesakitan semata-mata untuk menilai sejauhmana Allah memberi peringatan tentang setiap aturan takdir dariNya untuk makhluk ciptaanNya. Subhanallah.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..