Wednesday, August 27, 2008

Topik Pagi

hari ini B ada interview untuk jawatan Pegawai Imegresen kat Putrajaya Precint 2. So, pagi ini aku berkumpul dengan kengkawan yang lain untuk sama-sama bekpas di kedai ijau. rasa dah lama benar aku tak gather ngan opismate ni untuk bekpas. Pg ni cam biasa 5 dari 8 orang berjaya dikumpulkan. BTW, Nurul a.k.a Mek dah selamat bersalin anak jantan pada 23 Ogos lepas pukul 7 mlm di HUKM. Ida plak ari ni tak join bekpas dan Nora pun bekpas kat kedai oren sensorang tadi. Ahli biasa pun ada aku, Ummi, Zue, Mas dan Mel.

topik hangat pagi ni pasal kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Menang besar gak, majoriti 15,xxx. tak sangka, cempedak yang ditanam dah menjadi hidangan minum petang!!.. aku tak berpihak pada sesapa sebab

1) Aku bukan ahli PKR atau BN.
2) Aku bukan penduduk Permatang Pauh.
3) Aku tak kisah sapa pegang Malaysia as long as orang tu adalah MELAYU dan ISLAM dan jujur serta amanah.

Tapi memang topik ni berjaya menghangatkan meja bersidang aku dan kengkawan ari ni. Bersidang dengan roti telur garing yang panas, kopi susu suam2 kuku dan milo ais serta nescafe suam kan ke sedang2 elok saja untuk membincangkan tentang kes sodomy, kes permatang pauh bertukar tangan dari tangan si penghayun buaian ke tangan si pembuat anak!! Berita2 sodomy dan angkat sumpah masih belum basi. masih dipertikaikan kenapa si kena liwat perlu angkat sumpah sedangkan si tertuduh peliwat sedang meraikan kemenangan besar di kampung halaman? Aduhai.. timbul pulak kisah si mongolia yang mati meletup tapi kesnya seakan2 dah ditutup. kesimpulannya hangat lagi kisah orang idup dari orang yang dah mati!

tak kisahlah.. topik terhangat dipasaran pagi ni bila timbul soal idup mati. masa ni lah masing2 tertanya2 camna lah esok kita2 ni ye.. iyelah bahagian kematian ni kan ke lain2. ada yang mati mendadak, mati sorang, mati sakit, mati berulat.. dan bila dah mati tu nak bawak ke kubur, ada yang naik keta maria mercedis, ada yang naik van bertulisan jawi, ada yang naik lori ayam.. fikir punya fikir, borak punya borak camna lak kiamat ye? Allah... takutnya bila difikirkan... ulama makin kurang. kata sorang teman, tak lama lagi masjid pun akan lengang. amalan cam tak cukup je. terasa cam nak berenti keje, nak sujud 20 jam di tikar sembahyang. tapi sapa nak bagi duit nanti? perut nak kena isi jugak. yang dalam perut nak kuar ni nak kena sodok gak ngan susu dan berseluarkan lampin pakai buang..

tak kisahlah.. kerja pun ibadat jugak kan? mencari rezeki halal untuk anak3. insya Allah ada sumber2 lorongan dari Ilahi. Jom kita kerja!!! tak baiklah pakai masa company untuk update blog!!!. hehehe.. masa ni je sedar, 3 jam lagi.. amik kau... layansssszzz......

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..