Tuesday, October 19, 2010

Rezeki

Salam. Bismillah.
Bila sebut rezeki, dalam kepala semua orang mesti DUIT, kan? Padahal rezeki yang Allah bagi pada kita ni banyak cabangnya ie. sihat, anak, ketenangan etc.
Aku baru je menutup salah satu punca rezeki aku yakni berhenti kerja. Bukan sebab dah banyak sangat rezeki tapi sebab tak daya dah bekerja dalam suasana stress, penat dan menyakitkan hati. Tapi aku percaya, Allah sentiasa bersama hambaNYA yang ingat padaNYA.
Insya Allah minggu ini akan ada rezeki baru. Bau2 nya dah ada, kelibat je belum confirm. Insya Allah kalau ada rezeki aku dan anak2 minggu ini akan dapat keputusan. Dan semoga tercapai impian aku untuk menyambut puasa dan berhari raya di Mekah tahun hadapan bersama hubby, anak2, mak aku dan mak ayah mertua.

Monday, October 18, 2010

Salah Nombor

Salam. Bismillah.
Argh... hari ni dah masuk kali ke ..... (jap... beratus kali dah rasanya) telefon aku berdering minta cakap dengan ntah-sapa-sapa.
Hari Sabtu berdering pukul 7.20 waktu aku tengah prepare dinner trus tak bagi salam nak minta cakap dengan SIVA. Dahlah suara aku ni suara pompuan (adakah susah untuk mengenalpasti suara lelaki atau perempuan?), boleh pulak si pemanggil (seorang lelaki) bertanya sampai 3 kali : Bukan Siva? Bukan India? Ini bukan telefon Siva yer?
Pagi ni pulak sekali lagi. Seorang perempuan cina bertanyakan Ah Choong. Bila diberitahu "Ini telefon Melayu", balasan yang aku terima : Ini bukan telefon CINA, meh? Aduhai auntie... ini telefon melayu.....
Sudah 10 tahun aku pakai nombor ini, bermakna sudah 10 tahun jugalah aku mendapat hak milik peribadi untuk nombor ini. Kenapa masih ada orang yang menelefon minta bercakap dengan mereka-mereka yang aku sendiri tidak kenal?
Itu sebab aku jarang nak angkat telefon bila keluar nombor yang tak ada dalam list phonebook aku. Pada semua : SILA SMS SBLM CALL SEKIRANYA ANDA RASA NOMBOR ANDA TIADA DALAM SENARAI. (hihi.. kekadang ada gak yang aku save dalam handphone lama bila transfer handphone baru, suma nombor gone..)

Durian, Pudding & Pudding Durian

Salam. Bismillah.
Apa kaitan 3 perkataan di atas dengan aku? Durian adalah buah, pudding adalah sejenis pencuci mulut dan pudding durian adalah benda ke2 yang masuk ke mulut aku selepas 2 tegukan air masak pagi tadi.
Punyalah tak sedapnya pudding itu bila dicampurkan dengan perasa durian. Bagi seorang penggemar durian (sila baca: Hantu Durian) seperti aku ni, bila buah kegemaran aku dicampurkan bersama bahan chemical, maka rasanya amatlah mengecewakan.
Apapun, terima kasih kepada si pemberi yakni pengantin yang aku sendiri tak ingat siapa kerana sudi menaja sarapan pagi aku sambil berjalan kaki ke office dari LRT Station Pandan Jaya pagi ini dalam suasana redup, sejuk, dingin dan nyaman. Kenyang sekejap sementara menunggu untuk sampai ke makcik nasi lemak. **Thumbs up**

Tuesday, October 12, 2010

Isu Tudung, Mampu & Gaji Rakyat Mesia

Salam. Bismillah.


Apa punya tajuk daaa.. hihihi.. ini merangkumi 3 isu semasa yang cuba aku tulis hari ni. Kenapa aku rangkumkan sekali 3-3 tajuk ni?

Pertama : Aku malas nak buat 3 entri berlainan yg memaksa aku posting, view, posting view (sila jgn pelik sbb ini mmg perangai aku)
Kedua : Isu ni ala2 berhubung kait antara satu sama lain (iyer ker? korang baca je lah sendiri ek)
Ketiga : Sajork!

Tudung

Aku bercakap ni berdasarkan pada pandangan sendiri, pendapat sendiri dan pengalaman sendiri. Tidak kena-mengena dengan orang lain yang boleh aku sabitkan dalam kenyataan ini SEANDAINYA entri ini bakal mencetuskan kontroversi. Sekian. Terima kasih. Cheewaaahhh...

Korang perasan tak, zaman sekarang ni dah banyak sangat fesyen tudung sampaikan kalau pegi kat Jln TAR tu naik pening lalat aku dok terlanggar tudung yang bergantung tinggi rendah, itu belum campur kaler yang plain, celoreng2, caca marba lagi tu. Siap ngan bau kedai lagik.. (tang ni aku suka). Isu yang aku nk tulis ni sebenarnya bukan pasal ramai sangt orang meniaga tudung kat bumi Mesia yang aman damai ni, tapi tudung pelbagai jenis yg byk dalam pasaran. Tudung2 ni semua ada berbagai2 gaya, yang butang kat belakang, yang lilit kat kepala, yang sepin kat bahu.. segala nama keluar baik nama isteri artis, nama artis, nama suami artis malah tak kurang yang pakai nama ikan.. (jgn igt ikan cuma dijual di pasar basah je tau!) Itu belum lagi yg dijahit ngan labuci2, buh batu2 kilat tu, berat tang belakang, berat tang depan.. huihhh... letih nak cerita.

Tak macam zaman dulu, tudungnya agak kurang menyerlah (tu pasal orang zaman dulu ramai tak pakai tudung macam zaman skang kot?) dan kalernya suma agak dull, tak ceria ala2 nalla rekek.. hahaha.. sebabnya aku tengok mak aku dedulu pakai tudung yg kecik2 tu ikan kat belakang tengkuk (macam kita pakai waktu gi ngaji malam tu) atau yang ikat kat bawah dagu ni semua kalernya tak menari. Tapi pastu timbul pesen tudung 3 segi yang dah siap berjahit kelilingnya tu (leh imagine tak?) ~~ ya ALLAH, panjangnya mukadimah aku.. ni lah akibatnya kalau penulis blog adalah seorang yang gemar menulis novel!

Okay straight to the point. Perempuan zaman sekarang ni ramai yang bertudung tapi rata2 mengenakan tudung yang menampakkan susuk leher, menampakkan dada, menampakkan rambut (bagi tudung yang jarang). Adakah benar gaya pemakaian sebegitu? Maaf, aku lebih rela dilabelkan sebagai orang-yang-tidak-tahu-berfesyen dari aku digelar orang-yang-menjahanamkan-fesyen! Padahal semua yang memakai tudung itu bolehlajh dikatakanadalah seorang yang memahami maksud menutup aurat itu yang bagaimana. Jadinya sedarlah dari skarang sebelum dunia menyedarkan anda!

Mampu

Makin hari makin kerap pulak aku terbaca tentang golongan muda ramai yang diisythiharkan muflis disebabkan kadar penggunaan kad kredit yang amatlah membimbangkan. Maklum sajalah, golongan muda sekarang ni ramai yang bergaji besar gara2 sistem pendidikan yang 'menghalalkan' para bijakpandai dan bodohpiang budak zaman la ni lulus sokmo dan buleh masuk universiti. Jadinya masing2 yang berlandaskan 'kertas' tu buleh kerja gaji besar2, dan akhirnya pakai semua kad plastik dan mula menyimpan hutang.
Moral dari tajuk ini : Kalau anda tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan memampukan diri sendiri demi mengejar gelaran MUFLIS!
Gaji
ERm.. budget 2011 baru je lepas. Gaji kerani paling cekai serendah RM1,500 (yang diproposed). Tak lama lagi akan dengarlah isu kenaikan harga barang lagi. Kan Deepavali bakal menjelang. Bersambung Raya Haji dan Xmas.. Tu belum datang pulak CNY... alahai.. letak paling minumum RM2,000.00 pun tak kan pernah cukup bagi rakyat Mesia ni bila yang ini dinaikkan, yang lain turut sama dinaikkan... tepuk dahi fikir sendiri!

Monday, October 11, 2010

Cat Baru

Salam. Bismillah..
Eh.. eh.. cat baru lah.. rumah sapa ni? walauwehh... cantik tu.. tapi tak complete lagik. untuk pengetahuan semua aku ni dah lamaaaaaa sangatttt tak modified blog aku jadinya macam dah ilang ingatan plak.. tukar dulu ye cat dia, nnt baru aku tampal wallpaper plak.. hahaha....

Seksa Bakal Tinggal Nama

Salam. Bismillah.
Huh, tajuk ntah macam hapa2 je. Wakakaka.. tapi itulah kenyataan. Lega rasanya selepas letak surat resign jumaat lepas. Trus hilang stress walaupun seketika, but at least dapatlah legakan sikit kepala hotak ni.
Kenapa aku resign? Banyakkkkkkkk alasannya. Paling utama aku dah tak de hati nak keje kat sini lagi. Terlalu double standard, isu perkauman, menindas melayu. Itu belum kes free2 kena maki, dok replace tempat receptionist bebila masa dorang suka nak panggil. Buat acara-makan-sampai-kenyang-buntang tapi budget-dari-poket-sendiri belum masuk list lagi tu.. paksaan suruh celebrate xmas sambil masak2-bagi-kenyang-perut-depa lagi.. hui.. banyak sangatlah kisah seram dok keje kat company ni.
Soal gaji, increment & bonus jangan tanya yer. Bertahun dok sini pun belum tentu gaji korang cecah RM2K tau.. unless ko awal2 dah bitau ko sign mati keje sini, itupun under consideration, belum tentu2 approved.
Sudah2lah.. aku mmg letih bekerja dengan cha ya nun alif yang tak pernah bertimbangrasa dengan bangsa kita ni. Kalau dengan kaum dia, semua okay. Sakit kepala lutut pun mc seminggu still okay lagi, tapi kalau bangsa kita, dah masuk spital kes mengandung pun dia punya kecoh macam bunuh orang lak!
Itu antara sebab musabab aku berenti keje sini. Tapi sebab musabab lain yang tak dapat dinyatakan di sini pun ada jugak. Hihihihi... personal sikit.. Ada kaitan dengan hati dan perasaan dan masa depan. cheeewaaahhh.. berdrama lak aku ni.. okaylah.. yg pasti pagi tadi aku dah menghabiskan setengah hari menghadap tipun kat atas gara2 receptionist dah berenti.. so, petang ni harap aku tak diganggu sebab banyak benda nak kena selesaikan sebelum aku angkat kaki. Chow!
Nota Kaki : Kepada para sahabat sekalian..
Tunggu kemunculan blog aku yang terbaru.
Insya Allah awal bulan 11 nanti yer..

Friday, October 8, 2010

Salam.

Salam. Bismillah.
Kalau bukan teguran dari Myza a.k.a me_czar, mungkin entah sampai bila lah aku tak menjengah 'rumah lama' aku ni. Thanks Myza.
Bukan tak nak update, tapi kesibukan membataskan kerajinan aku untuk bercerita tentang diri dalam blog ni. Sejak ada FB, itulah satu2nya tempat untuk aku luahkan isi hati (cheeeehhhh!!!) Kalau guna blog ni aku kena amik masa sikit nak cipta ayat skema pastu kejap2 kang aku kena save sbb asik kena ke hulu ke hilir..
Tapi mana boleh tinggalkan blog ni macam tu sajork, kan??? sementelah masih ada kawan2 yg sudi jengah blog ni.. huhuh.. sian kat korang datang rumah tak de orang hidangkan air yer.. sowie ye kengkawan.. okay. pasni, aku akan make sure update blog tiap hari.. ooppss.. selang 2 hari boleh?? kita kumpul story2 dulu ye...

Saturday, June 19, 2010

Hari Bapa

Salam. Bismillah.

Sedang berehat tadi, tetiba teringat yang esok adalah hari bapa. Terus teringat pada arwah abah. Lebih2 bila dalam pantang macam ni. Selalu kalau dalam pantang ni balik je dari hospital, tak kiralah bersalin normal atau c-sect, abahlah orang pertama yang sibuk mencari ikan haruan untuk dibuat sup, kurma untuk dimakan dalam pantang bagi menambahkan susu badan dan buat kudapan Baby yang memang gemarkan kurma. Juga orang yang pertama mencari kuih2 buat santapan aku di pagi hari.

Tapi berbeza untuk pantang kali ni. Mungkin situasi yang sama dirasai kakak ipar aku. Kembar aku je tak rasa sebab baru pertama kali berpantang. Kali ni, untuk terakhir kali aku berpantang aku tak makan langsung walau secubit ikan haruan, kurma pun belum lagi mencecah lidah aku. Kuih2 macam kasui, donut, kuih lapis, semua hasil belian suami dan ibu / bapa mertua.

Apalah ertinya hari bapa pada aku tahun ni. Biarpun boleh mengucapkan pada suami dan ayah mertua, tak sama rasanya bila mengucapkan pada ayah sendiri. Pada kalian yang masih punya ayah, peluklah, ciumlah dan ucapkanlah betapa kalian sayang pada mereka. biarpun bukan pada hari bapa, buangkan ego kalian demi mereka; insan yang banyak berjuang hidup untuk membesarkan dan memberi kebahagiaan buat kalian.

Salam hari bapa untuk suami tersayang dan bapa mertua yang diharap dapat memberi kasih sayang seperti bapa sendiri. Wassalam.

Wednesday, June 2, 2010

Syabil ke Syamil??

Salam. Bismillah.

Ehm.. hubby tuko nama Eusoff dari Syabil Eusoff ke Syamil Eusoff. Kenapa? Sebab Syabil tu bukan tak de maksud cumanya Syamil tu lebih bererti maksudnya. Syamil, maksudnya menyeluruh, universal, complete.. hah.. si putera seorang ini pelengkap keluarga kami. Manakala Syabil yang aku tahu maksudnya kemenangan besar-besaran (sila betulkan kalau silap) dan dalam sesetengah web tulis maksudnya bintang.

tak kisahlah.. asalkan masih ada maksud yang baik semoga Eusoff membesar menjadi anak yang taat pada Allah, Rasul, Agama, IbuAyah dan keluarga. juga membesar menjadi seorang lelaki yang menghormati perempuan, sebagai pendamping dan pemelihara kakak2nya kelak seandainya mama dan ayah dah tak ada nanti.

Amin. Insya Allah.

Saturday, May 29, 2010

Selamat Datang Puteraku


Salam. Bismillah.

Akhirnya... setelah dikurniakan 4 orang cahayamata perempuan, kelahiran ke 5 ini Allah kurniakan aku dan hubby anak lelaki yang dilahirkan pada 24 May 2010 pukul 10pg melalui pembedahan. Alhamdulillah, lahirnya Syabil Eusoff menambahkan keceriaan dalam keluarga kami. Insya Allah dengan kelahiran putera seorang ini moga bertambah rezeki dan keberkatan kami sekeluarga. Amin.


Monday, April 26, 2010

Siaran Tergendala

Salam. Bismillah.
Sejak aku rajin update blog ni, ada lak masalah baru timbul. Ingat nak lah menjelajah blog kengkawan cam Myza, Fiza, Tie, Tha, Aishah etc.. tp skrin pc aku ni hanya terpapar entri sahaja. Semua link kat tepi sebelah kiri tu empty, white screen. Dan bila aku cuba bukak terus blog2 tu suma, blank screen.. letih betul.
Broadband kat rumah lak B bagi kawan dia pakai. Dan sebulan dah. Mati akal aku tak leh bukak mana2 blog nak baca. Kalau bukak thru FB pun sama je kesudahannya. Apa kes lah pc aku kat opis ni....

Wednesday, April 21, 2010

...?$%^*&#^$...

Salam. Bismillah.
MEssy! Makin lama makin messy company tempat aku carik rezeki sambil main game ni. Ujung bulan ni 2 orang staff bakal meninggalkan company kedekut taik idung masin ni, baguslah, kurang sikit orang. Tapi yang tak bestnya orang yang keluar tu adalah orang2 yang baik pulak tu... yang jahat2, yang kaki ampu, yang tak sedar diri dah tua tak nak pulak berhambus!
Letih betul nak melayan orang2 kenamaan tingkat atas ni. DOrang ingat dOrang bagus sangat, keje lama, kengkonon cam senior lah tu. padahal, dorang memang dah tak bleh nak pergi mana, tak de satu pun company kat luar tu nak amik dorang keje. Ngan tuanya, ngan tak de diplomanya.. byk lagi graduate yg menunggu giliran nak keje kat luar sana tu.
Tapi, tu lah dorang ni.. tak sedar diri. Takat keje company adik beradik, ingat diri dah bagus sangat. Kalau hantar diri dorang tu tuk ISO, baru sampai pagar pejabat tu jer dah kena reject, belum sampai ke department screening tu lagik!
Iee.. dekat nak beranak ni makin tambah tension aku! Bkn tension ngan keje tp tension ngan orang2 keliling yang tak faham bahasa ni!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..