..Secarik kisah gambaran jiwa seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Selembar cerita lakonan seorang insan bernama hamba pada Penciptanya. Secubit kenangan titipan seorang aku berupa teman..
Tuesday, May 13, 2008
Happy Birthday Syamiza!!!!
Friday, May 9, 2008
Soal Hati (2)
Kan rahsia itu merupakan salah satu amanah? Dan amanah adalah satu tanggungjawab untuk dijaga. Tapi kenapa masih ada orang yang tidak memandang berat makna AMANAH dan TANGGUNGJAWAB ini sebagai satu dosa jika tidak ditunaikan?
Thursday, May 8, 2008
Cuti panjang
Minggu lepas aku betul2 menghabiskan masa dengan anak3 aku. Cuaca yang terik membuatkan aku tak keluar rumah. Khamis cuti hari
Then kitorg kuar, kononnya nak makan di Cozy House di Ampang Park sebab dah lama benar tak makan kat sana tu. Tapi tutup plak. Kedainya makin besar dan makin menarik dalamannya (aku intai kut tingkap kaca hitam nya itu). Dah hampir menyamai Cozy Corner plak rasanya. Akhirnya kitorg pun pegilah ke Plaza Yow Chuan yang hidup segan mati tak mahu tu mencari makanan. Kosong, zero, dan macam medan perang plak aku tengok keadaan PYC tu kalau nak dibandingkan dengan zaman aku bercinta 13 tahun dulu.
Makan di Food Court bawah PYC tu (hubby order Hokkien mee untuk anak3 dan dia sendiri makan Claypot Chicken Rice with Salted Fish - aku sekadar tumpang mana yang ada) dan lepas tu meronda Toy's R us sebelah tu. Cuci2 mata je sebab malas nak membelikan lagi mainan untuk bebudak ni. Kang kot beli by the time nak sampai umah tinggal separuh je sifatnya. Syamimi minta belikan doll baby (memang aku pun berkenan sebab siap bleh nyanyi, nangis, gelak, panggil mummy) tapi harganya membuatkan aku tepuk dahi berkali-kali. RM79.90 - RM 129.90.
Rasa cam lebih baiklah aku bawak anak3 aku gi holiday memana ker.. dpt gak cuci2 mata dari belikan patung tak berpekdah tu. kot balik nanti dah tak bersuara lak.. anak3 aku tu kan ke ultraman dyna!!!! mau di sembelihnya tengkuk babydoll tu kang..
petangnya sambung balik berehat di rumah dan malam kitrg gi makan kat Tesco reramai (ngan adik beradik aku dan mak abah aku) abah aku open table.. ala.. makan kat foodcourt Tesco tu. Aku makan roti telur je kat kedai mamak tu. Adik beradik aku yang lain tu time ni lah nak pekena abah aku. Ditibainya order western food malam tu.. hehehe.. rabak gak lah abah malam tu. hubby aku seperti biasalah makan claypot chicken rice dia yang menjadi feberet sesangat tu.. anak3 aku ngan anak buah aku yang lembik a.k.a cengeng tu dok membantai fries je. sayuran suma dibaham oleh orang yang kuat makan dalam keluarga aku :- NONA. kah kah kah.... dah lah makan lamb chop, tibai lagi nasi claypot, tibai lak sayur.. ish ish ish... minum tembikai laici.. apa nak jadiklah ko ni nona oiii....
pas makan2, inilah time nak berehat sebentar bersama kit-kat (tapi lupa nak beli kit-kat malam tu!) anak4 sekalian diarahkan masuk kandang permainan, atuk bayar..... makanya mak2 dan ayah2 ini kerjanya duduk sama di dalam kandang sambil mengawasi anak4 ini bermain bersama pak uda sa'dun. hehehe.. aku melepak je lah sambil layan si baby main slide.. pandai anak aku ni naik slide, even dia lum cukup setahun. dah tu orang sibuk memanjat, dia pun nak sama padahal kakinya tak cukup panjang nak menjangkau!
setelah mak2 dan ayah2 kepenatan (anak4 mana tau penat! kalu bleh nak tido kat situ) maka episod hari
Hari 2
Jumaat 2/5/08 tu aku bangun teramatlah awalnya; kul 4.45am sebab hubby ari tu kena gi Teluk Intan untuk assist manager kat sana yang semua budaknya bercuti balik ke kelantan. so, pepagi tu aku pun lepas hubby pegi, solat Isya' (teruk tul lah aku.. dah nak masuk subuh baru nak buat isya'!!!) sambil tunggu subuh masuk, aku bacalah yasin. Tu dah memang amalan aku pagi jumaat dan kalau hubby travel jauh. Sedang sedap baca, handphone aku berbunyi. Aik, pagi sangat ni dpt call... hati aku dah dup dap dup dap.. no hp abah appeared. Alih2 sora mak aku lak kuar.
" Mak uda dah meninggal...
" Mak uda yang mana??? aku ni ada 2 mak uda yang agak rapat. sorang adik mak aku dan sorang lagi sepupu mak aku.
"mak uda jenab (nama betulnya zainap)..
@ inalillah...
sepanjang ari aku melayan kerenah anak3 aku yang amatlah lasaknya.. mencabar minda aku sampai kekadang aku menangis sebab dah tak tahan sangat.. nak marah slalu tak bleh, tak marah hati aku lak yang membengkak....
Hari 3
Sabtu :- hari ni genap setahun pemergian Arwah kak Sue (Susanna jafri) kawan relexjap nona yang dulunya selalu bertandang ke rumah.
Aku macam biasa menghabiskan masa dengan anak3 aku yang aku paksa tidur sampai kul 8.00 sebab malas nak melayan dorg pepagi ni dengan keadaan mengantuk ya amat. Dalam kul .00 aku call hubby sambil menangis sebab tak larat nak jaga bebudak ni yang menaikkan darah aku. Hubby on the way ke banting dari Teluk Intan. Tak lama tu aku bawak semua pegi pasar pagi untuk beli breakfast (untuk aku je sbb anak3 aku ni lebih suka breakfast jajan yang jual kat pasar tu). Dalam kul 1.30 hubby call, mentioned dia on the way ke USJ Subang untuk anta test concrete dia.
Dia suh standby nanti nak bawak anak3 keluar. Aku gi lunch kat umah aku sbb aku mmg tak masak kalu hubby tak de. Untuk sorang makan, aku nyodok je kat umah aku aku. Tengah sedap makan dalam keadaan umah berselerak (mak aku pasang tile, ngan bisingnya, habuknya.. ieeee..) hubby pun sampai dan peluang untuk aku nyodok lelama kat umah aku aku sambil menikmati sup ketam yang tawar mak aku (mak aku ni kekadang masinnya mak datuk.. smpi tang tawar, aku kena standby garam tepi pinggan).
Pas abis makrak (makan sambil borak) aku balik uma melepak ngan hubby dan anak3. Petangnya tu tido sbb luar teramatlah panasnya. Malam tu kitrg makan kat bdr sri permaisuri kat kedai china muslim. Aku cam biasalah wantan mee kicap. Hubby nasi goreng USA dan anak3 sup fishball. Supnya Ya Allah.. penuh ngan sayuran dan okie lah..
pastu balik umah konon nak melayan AF, tapi dah abis plak.... hampeh tul.. trus aku layan citer Jangan Pandang Belakang tapi dan2 hubby tukar sebab dia memang kureng ngan citer hantu ni. Bukan takut, tapi dia tak suka benda yang cam tahyul je.
Hari 4
Bangun pepagi, aku punyalah malas nak wat breakfast. Aku kerah hubby bangun dan make continental breakfast (tiap hari ahad aku memang amalkan continental breakfast). Layan anak3 makan dan pastu mandikan dorg. aku ngemas apa yang patut sambil sidai baju sementara tunggu kul 12.30 nak gi umah orang kawen kat Desa Tasik.
Tengahari tu ya Allah teriknya.. camnalah pengantin nak bersanding ni.... tapi nasiblah kenduri ni kat apartment, so dorg wat pelamin bawah kemah kat jalan, ada angin sepoi-sepoi skit, taklah panas kot. Lauknya daging rendang (sedap giler) , ayam masak merah, jelatah, papedum, tempoyak daun racik (feberet aku ni!!!), acar buah, kurma daging.. ish.. makan tengah panas..minum air sirap.. rasa cam tak nak balik je!!!!
Pas kenduri tu aku balik umah berehat. Iyalah, perut pun dah penuh kan? Malam tu aku tak ingat aku makan kat mana dan apa yang berlaku sbb cam ingatan aku ilang je kat situ sbb esok kena gi keje!!!!!!
Menarikkan aktiviti cuti panjang aku??? Urh!!! Penatnya.........
Wednesday, May 7, 2008
Mamat STAR LRT
Memula dulu takat pandang memandang dalam tren. Mungkin sebab dah hari-hari aku dok perati dia (aku ngan kawan aku tau!!) skang ni bila dia tak de je, sure tertanya-tanya mana dia pegi. Dan skang ni kalu balik aku tumpang budak opis si Nasreen yang nanti dropkan aku kat Cheras. Dan mesti time aku sampai je kat Cheras tu, time tu lah dia pun keluar dari tren..
Hehehhee.. jatuh cinta ker???
Woi!!! klakalah entri ni??? ko tak ingat ke budak 3 orang kat umah tu? ala.. budak yang gambarnya banyak dalam blog ni???? bawak2 lah isytifar... ada ati nak bercinta lagi......
mana de woii.. aku tulis je tu.. kah kah kah... pagi ni pun aku naik same tren ngan dia.. tapi wat2 tak pandang je... kah kah kah... bahaya tul lah cinta tren ni... (tau dek hubby aku, sure dia suh bawak keta gi keja!!!!)
Tuesday, April 29, 2008
Soal Hati (1)
sejak dua menjak ni juga ada seseorang yang memendam perasaan. Bukan jatuh cinta sebaliknya berkecil hati dengan teman yang seorang. terasa diabaikan, terasa dilontar jauh2 bila ada orang lain. masa susah dicari, masa senang sms pun tak sudi. pada aku yang selalu rasa keadaan macam ni, biasa je. tak suka lah nak tokok tambah sakit hati orang sebabnya 2 2 pun aku kenal sangat. 2 2 pun aku rapat dan 2 2 pun aku tau sangat perangainya.
cumanya yang kecik hati ni seorang yang memang takkan saja-saja citer soal hati pada orang. lebih gemar diam dan pendam dan cuma citer pada orang2 tertentu saja (dalam persekitaran sekarang ini, cuma akulah tempat dia lontarkan ketidakpuasan hatinya; samalah yang aku lakukan pada dia!!) tapi yang kasihannya si kejam itu tak boleh trace langsung kesedihan yang cuba ditunjukkan oleh yang kecik hati ini.
aku cuma memujuk, mendengar dan sekadar buat muka sedih dan memahami segala-galanya sebab aku pernah berada di tempat dia sebelum dia !!!!!! dan aku segera muhasabah diri bahawa tak semua orang melakukan perkara yang sama seperti yang kita lakukan pada dia.
dan aku akan terus ingatkan diri aku bahawa bukan semua orang kita boleh anggap saudara. bukan semua orang boleh kita buat baik dan bukan semua orang akan kenang kita yang menolong waktu susah.
sudahnya aku sekarang ni makin jiwang, makin penyedih dan makin mendiamkan diri. sebab apa? sebab pada aku lebih baik aku diam dari berbicara yang akan menimbulkan kesedihan dan buat aku makin jiwang karat!!!!!!
Perkembangan Anak3
1) Sekarang very the sinonim ngan sentence : Anak mama ni dah besar dah.
2) Dah pandai tidur siang tak pakai diaper, akan kejutkan ayah atau mama untuk kencing di toilet.
3) Baru pandai u'uk kat jaban (jamban), tapi tuntut hadiah sebab berjaya mengurangkan penggunaan diaper (kalau tak sebelum ni membuang dalam diaper).
4) Makin rajin melukis dan menulis.
5) Makin pandai menyanyi lagu Barbie dan speaking English.
6) Bersemangat nak sekolah, asik minta belikan beg Barbie ngan pencil.
7) Selalu bergaduh dengan Syamira sebab berebutkan toys.
8) Rajin jaga Syamiza, pandai alih perhatian Syamiza bila mama buat keja atau solat.
1) Dah pandai bercakap.
2) Suka tepuk tangan sambil cakap "pandai" bila dapat buat sesuatu (even waktu tumpahkan air ke lantai)
3) Dah banyak word English dia faham
4) Boleh pronounce "Where are you", " How are you", "I luv U", "Good Nite" dan Oraittttt!!! (style Along Cham Raja Lawak)
5) Slalu nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider untuk Syamiza.
6) Gelak besar bila mama cakap "Lu pikirlah sendiri!!!!"
7) Makin manja dengan ayah
1) Dah bertatih 7-8 tapak
2) Berjaya panjat tangga yang orang guna untuk panjat bumbung umah.
3) Pandai gayakan spider bergerak bila dengar lagu Itsy Bitsy Spider.
4) Menyahut bila orang panggil.
5) Selalu golek2 atas sejadah waktu mama solat
6) Suka cium suma orang
7) Menangis bila tengok orang nak kuar berjalan tapi tak bawa dia.
8) Gigi dah nak bertambah lagi sebatang belah bawah
9) Pandai cakap kat telefon ngan ayah.
10) Makan suma benda, tak penah menolak.
Wednesday, April 23, 2008
Kisah Sedih
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.."
"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya.
"Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?" Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.
" Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…"
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.
Laila…Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
____________________________________________________________________________________
Nota Kaki : Kisah ni betul2 membuatkan aku menangis tak hingat dalam toilet kat opis ni tadi. Trus aku gi solat zohor dan nangis lagi kat sejadah. Kisah penuh teladan dan hikmah untuk semua. Yang pasti anak2 aku memang cerdik sbb semuanya lasak ya rabbi!!! Terima kasih untuk Yusmirdah yang forwardkan kisah ni.
Tuesday, April 22, 2008
Kesibukan membataskan aktiviti
Seminggu yang baru sudah ini, aku melatih diri untuk lebih berdikari kerana tak semena-mena seorang demi seorang teman sejabatan meletakkan jawatan. Semua tu memang dah terduga cumanya dalam keadaan yang maha kelam-kabut ini ke2 2 nya resign. Bezanya cuma a few days, membuatkan nafas aku naik sekerat jalan, dan turunnya tak tentu hala. Ikutkan pada kedudukan dalam carta, aku lah orang paling lama dalam dept ni (even belum cukup setahun) dan semua masalah dan beban kerja berada di atas batu jemala patik lah nampak gayanya.
Dan episod baru bermula bila aku dibebani dengan masalah2 kerja pending dan kerja2 yang dulunya dibuat oleh Project Coordinator dan Quantity Surveyor. Sekarang ibarat aku bekerja untuk 3 orang, dalam masa yang sama melatih Quantity Surveyor baru yang -baru-join-semula-ke-company-ini- dan juga seorang Project Manager yang -dulunya-bekas-contractor-untuk-company-ini. Sungguh complicated hidup ini aku rasakan.
Masalah billing yang berterusan melanda. Masalah drawing dan submission form yang entah bila boleh selesai. Masalah dengan Sales Admin yang bosnya punyalah c*l*k* dan menyakitkan hati. Juga masalah dengan Senior Manager merangkap bos aku buat masa ini yang entah bila hari akhirnya (kata dah nak blah sangat!)
Itu antara sebab-sebab aku tidak menulis dalam blog untuk seminggu ini. Sebab-sebab lain menjeruk perasaan dengan seseorang yang aku percaya sangat, tapi tikaman terus menusuk dada. Makanya idea dan mood untuk berkarya dalam blog hanya angan-angan kosong. Biarpun banyak untuk diceritakan, perihal Faizal Tahir yang telah habis edah, tentang budak 12 tahun bernikah di Indonesia, tentang company aku yang makin glamour selepas tersiarnya kisah2 hitam dalam The Malay Mail Thursday 17th April 2008, Sinar Harian Edisi KL/Selangor Jumaat 18th April 2008 dan Utusan Malaysia Isnin 21st April 2008. Sesiapa yang terbaca kisah itu maka akan tahu lah betapa teruknya keadaan aku sekarang ini.
Dan antara lain pelawaan dari consultant untuk aku bekerja dengan mereka juga merunsingkan minda. Gaji pokoknya sungguh lumayan, sampai tak jejak kaki berangan dengan duit sebanyak itu. Tapi.. ada TAPINYA... sungguhlah tidak senang bila difikirkan tentang keakraban bos sekarang ini dengan bos yang dalam perancangan itu. Ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Soalnya, macamana aku nak menghadapi saat-saat kehadiran bos yang sekarang ini ke office consultant bilamana kebanyakan mesyuarat diadakan di sana? :(
Memang tak tercapai dek akal. Ikutkan memang aku ingat nak redah je tapi bila difikirkan semasak-masaknya, ish.. macam tak boleh pergi lah.. lagi pulak perangai bos yang dalam perancangan ini amatlah sukar untuk diduga. Anginnya kalah ribut taufan. Kalau dah datang mau rasanya tercabut pintu, terbang kerusi meja. Ini diakui sendiri oleh isterinya merangkap accountant di office consultant ini.
Mungkin rezeki aku bukan di sana. Aku masih terus mencari dan akan terus mencari. Cuma sementaranya biarlah di sini, termaktub rezeki ku dan keluarga di gelanggang yang penuh bermasalah ini. Gelanggang yang kalau dilihat harus jadi penuh, tapi sebaliknya. Moga Allah memberi kekuatan fizikal dan mental pada aku untuk meneruskan hari2 dengan tabah dan sabar. Dan moga Allah memberi peluang baru untuk aku pada setiap angan2 ku yang hanya Dia yang tahu..
__________________________________________________________________
Nota Kaki : Allah lebih mengetahui yang mana lebih elok untuk kita, biar pada mata kasar ianya agak jelik tapi cantik pada yang tersiratnya.


