Monday, March 10, 2008

PRU12 - 080308

080308 - Rakyat Malaysia sekali lagi selepas 4 tahun ke belakang, keluar beramai-ramai, memeriahkan sekolah-sekolah, balai raya, yang sihat melenggang, yang sakit berpegang, yang cacat datang berdukung (refer to Sunday Times dated 09/03/07 - Result of Election Section). semua orang berkobar-kobar keluar mengundi. Kewajipan kan? Mengundi calon yang kita rasa layak dan bercirikan pemimpin. Layak dari sudut seorang yang matang, ada suara (bukan kuasa), ada strategi untuk memajukan kawasan dan yang lebih penting ada kredibiliti sebagai Wakil Rakyat.
Dan rasanya rakyat Malaysia hari ini semakin berhati-hati dan bertindak bijak bila keputusan yang keluar lewat malam sabtu dan awal pagi Ahad lepas banyak memihak kepada Parti Pembangkang (PKR, DAP & PAS). Jangan salahkan pengundi andai jawatan anda tergadai! Tiap iklan mengenai Pilihanraya Umum mengingatkan :- Jadilah pengundi yang bijak. Dan sekarang kami yang bergelar pengundi sedang dan telah berlaku bijak. Bukan mudah menggunakan akal pemberian Ilahi untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Banyak yang perlu difikirkan sebelum jari-jemari comel ini (juga pemberian Ilahi) mengariskan X besar2 di kotak nama mereka yang rasa berkelayakan menjaga kawasan.
Menyebut tentang kawasan, tak berani tidak aku perlu bersuara untuk kesenangan diri sendiri. Biarpun aku tidak mengundi dalam kawasan kediaman (Bandar Tun Razak), aku tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Wakil Rakyat Bandar Tun Razak. Bukan sebab aku penyokong parti pembangkang dan bukan juga sebab aku anti Barisan Nasioanal tapi sebab selama hidup aku di Bandar Tun Razak, belum pernah Dato' TAN CHAI HO datang melawat!!!! Ribut ke, banjir ke, salji ke (BTR ni kekadang sejuknya tahap eskimo), tak pernah dia hadir bertanya masalah, berkongsi cerita. Paling tidak menjengah waktu kesusahan mereka2 yang memangkah namanya tiap kali pilihanraya umum.
Penduduk cuma nampak gambar dia di poster2.. itupun bila time berkempen pilihanraya. Oh ya.. untuk pertama kalinya aku berdepan dengan si Dato ini pada hari dia menahan orang ramai di LRT Bandar Tun Razak (baca entri berkaitan ). Kalau tidak jangan haraplah dia nak jengah Bandar Tun Razak ni. Kawasan lain aku tak berani nak cakap sebab aku tak singgah kawasan orang. Biarpun aku tidak mengundi dalam kawasan ini (kali ke 2 di beritahu - sila ambil note), tapi apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Bukan aku taksub pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi aku minat pada calon yang bertanding untuk BTR ni.
Tengok pada kredibiliti Tan Sri yang sorang ini, aku yakin penuh; Insya Allah BTR akan terus maju. Kelebihan parti2 pembangkang ini, lahirnya calon mereka di kalangan bijak pandai, intelektual dan yang lebih bestnya manis2 moral dan profile mereka.. juga bukan kerana aku taksub pada parti pembangkang, cumanya aku guna cara sendiri untuk analis siapa calon yang layak. Dan bukan juga aku maksudkan Dato' yang sorang lagi tidak pandai, tidak bijak, tidak manis profilenya.. tapi itulah.. kulit kami dan kulitnya lain kaler, kalau dijilat mungkin lain rasanya. kurang masinnya sebab kami tak makan benda haram!
nota kaki : Aku mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang. Jangan ditanya siapa pilihan aku kerana keputusan sudah muktamad dan aku telah menunaikan kewajipan aku sebagai seorang rakyat malaysia (sedikit sindiran untuk mereka yang mengaku rakyat malaysia tapi lebih rela duduk di atas pagar dengan tidak mendaftar :- atas sebab2 KONONNYA tak nak ikut campur soal politik - tapi belakang hari sibuk komplen itu ini!!).. pangkahku berpihak kepada yang kurasakan layak tapi peti cadangan telah disealed, kalau masih ingin tahu siapa calon yang kupangkah siri no ku 2122, saluran 4!

Wednesday, March 5, 2008

Or@ng Miny@k

malam tadi, seperti biasa aku melepaks kat umah mak aku lepas kerja.. slalupun camtu except the day yang hubby aku balik ke rumah lah.. after Isya' baru aku balik ke umah aku sbb kalu aku balik awal, sure aku solat Isya' kul 1 pg nyer..

sementara nak menunggu azan Isya', aku pun layanlah astro channel 952 (kakak aku ni gemar beli channel hantu2 ni) alih-alih ada citer orang minyak kat channel tu. aku ingatkan citer orang minyak yang zaman PRamlee tu (aku suma citer PRamlee kalu ada ari2 kat tv pun aku tgk.. bak kata mak aku.. " aku pun bleh berlakon .. dah hafal skrip!") sekali ada muka Aisya (yg berlakon Spanar Jaya tu).. aik, bila plak dia ni idup zaman PRamlee? rupanya citer orang minyak versi moden..

ah, baguslah ni.. layan je lah sebab dah tentu2 citer antu; feberet aku tu! memula sioklah tengok. syamimi pun layan sama even kejap2 lari ke belakang sofa, kejap2 ke depan tv.. last2 aku rasa citer tu dh 1/2 way (stop kat tang orang minyak tu dh kuar dari botol sbb si kuman bukak botol dia!).. citer tu flashback camna si fauzi (laki si nisda) boleh jadik orangminyak. Dia terpengaruh ngan 'setan' dan bunuh tok guru dia.

yang buat aku tak suka tu sebab citer arahan orang melayu, dilakonkan oleh orang melayu dan ditonton oleh orang melayu ni (dah sah2 filem kita), boleh gambarkan 'setan' tu camna.. tersentap gak aku bila tgk. Siap bertanduk bagai, badan kaler grey (kalau tak silap aku lah).. camna filem ni boleh lulus oleh FINAS? Takut iman aku gugur sebab percaya pada gambaran tu, aku pun tukar lah channel dan rasa cam nak hentikan je subscribe channel mahal tu tp kena tanya kakak aku dulu...

anak aku mmg dah tentu2 marah sbb dia tgh siok tgk citer tu.. aku just bitau : "kita tak boleh tengok citer tu sbbnya nanti mama takut kakak percaya pada orang tu..bukan pasal itu cerita hantu ke, seram ke.." so, anak aku pun angguk je pastu " mama, tukar citer cartoon, yang tu kita boleh tengok, kan?" wah... anak aku nak jek aku.... "okielah sayang.. mama tukar cartoon"..

p/s: rasa cam dgr anak aku cakap "yes!" dalam hati...

Me.. requested by some1

Latest photo of me .. 190108
(buruks kan muka.. argh!!!! nak cepat pulangkan camera)

pagi ni aku bukak blog, update 1 entri dan layan feberet link aku.. pg ni link yang aku teringin nak masuk sangat link farah nadiah ahmad, adik MMU yang aku kenal melalui iluvislam. sebabnya? sebabnya semalam dia masuk blog aku dan tinggal salam kat chatbox dan napalah aku tak masuk blog masa tu yee?? ehm.. aku meetinglah...

okie.. entri farah paling atas dalam blog dia... dia tak kenal lagi ghupa aku ni.. dlm blog asik gambar anak2 je, tulisnya.. hehehe.. farah, camtu lah ibu... ke mana pun anak lebih utama. Sebagai memenuhi permintaan farah, akak letak gambar terbaru akak dalam blog ye.. yang paling2 baru akan datang.. (mungkin entri petang skit) so, kalau pepagi ni farah dah masuk layan blog, farah layan lah sekali gambar akak ye... ni kira dalam diam ngetag akak lah ni yeee???

pandai ko ye, dik farah!!!!



2005 di office MBf Card (M) Sdn Bhd

Menulis...

Rasa cam nak menulis balik lah... tapi masih cari bahan..
ehm.. ada satu bahan tapi nak kena minta izin dari tuanpunya diri dulu.
kisah benar yang diadaptasi ke dalam novel..
rasa2 tuanpunya diri tu approved tak proposal aku ni ye??

Tuesday, March 4, 2008

Bak melukut di tepian gantang...Siri 2

....sambungan Bak Melukut Di Tepian Gantang....

semalam, aku masih berfikir kenapalah nasib keluarga aku macam ni. bukan aku menyalahkan Allah sebab setiap kejadianNya pasti disertakan dengan hikmah dan hidayah. cuma aku terkilan sebab ini bukan sekali dua benda macam ni berlaku pada aku dan keluarga.
Nak kata salah arwah pakcik pun iya jugak lah. Tapi dia pun dah meninggal, nak disebut pun tak elok, kan? (tapi kena sebut jugak kat sini sebagai kisah teladan yang patut dijadikan sempadan - terutama pada lelaki2 yang tidak jujur pada isteri)..
pakcik berkahwin 2. sebab musababnya aku tak tau. nak kata mak cik (isteri no 1) tak beranak, lebih dari beranak. 7 anaknya. nak kata gemuk, cam nampak tulang je rasanya. nak kata hitam, cerah je kulitnya. pendek kata tak de yang tak kena lah makcik! cuma mungkin dah memang jenis pantang tgk anak dara berdahi licin (istilah lah ni.. licin ke tak ke aku pun tak tau.. aku belum ada masa tu!), mesti nak sambar. tapi memang hakikatnya mak muda (isteri ke 2) ni cantik, since anak dara sampailah sekarang ni. orang singapore.
pakcik kawen ngan mak muda tanpa pengetahuan makcik. mak mudapun tak tau yang pakcik dah berkawin dan ada anak 7! kalau tak lah rasanya dia pun tak menempah bala ni suma.. benda kalau nak jadi, sekelip mata je. part paling best, arwah nenek yang pergi meminang dan minta jangan ada mulut yang gatal bitau kat makcik. maka bermulalah episod baru dalam diari kehidupan pakcik (skang aku tgh blur, ini jurnal aku ke jurnal pakcik?)
nak dijadikan cerita, mak cik dapat tahu tentang pakcik dah kawen lain.. dari siapa aku pun tak tau lah..aik perang besar, you see! dan tuduhan pertama pun terjadi pada mak abah aku.. DORG BERSUBAHAT MERAHSIAKAN PERKARA NI.. rasa cam nak jerit je la ni... mak abah aku tak masuk campur suma ni lahhhh!!!! tp kalau tak silap masa tu kaklong, anak sulung pakcik ngan mak muda dah ada. sampailah ke anak yang ke 3 (yang kawen sabtu lepas) pun depa ni masih bercekau cam anjing ngan kucing.. adik-beradik ramai pun nak bergaduh, adik beradik sikit pun bergaduh.. apalah dorang ni...
pasal harta pun nak bergaduh.. tak kesian ke kat bapak dorg yang dalam kubur tu? Amal ibadat tu tak tau lah ada ke tak (kalu ada pun ntah lengkap ke tak, terima ke tak), sedekah amal jariah tu ada ke tak (rasa cam adalah sbb dia arkitek, slalu buat plan percuma untuk masjid2, rumah anak yatim.. tapi yang lain tak tau lah).. bila sampai tang anak2, langsung tak de yang sukarela nak sedekah kan pahala percuma pada bapak tu.. ni tidak, menambahkan pukulan, smash, tumbukan kat dia kat dalam sana...tuduhan kedua... mak abah aku campurtangan suh keluarga makcik bahagi sama rata harta2 tu semua.. satu sen haram pun mak abah aku tak dapat tau! nak wat pe campurtangan..
harta memang banyak. tanah jangan citer lah.. yang anak mak cik semua dapat bahagian sendiri sebab masa pakcik nak memujuk keluarga pertama, dia siap tukarkan nama tanah pada nama semua anak2 dia dengan makcik.. untuk anak keluarga ke dua, mak muda ni pun bekerja, jadi harta tu lebih skit.. walaubagaimanapun, ikutkan faraid tetap kena bahagikan sebab tak sempat tukar nama.. mana 10 orang adik beradik ni patut dapat bahagian yang sama berserta 2 emak ni pun dapat bahagian yang sama.. ini tidak.. yang keluarga ke dua kata keluarga pertama dah tak de hak ke atas tanah balance yang tak sempat tukar nama tu sebab dorg dah dapat bahagian masing2.. yang keluarga pertama pun berhempas pulas lah nak merebut hak memasing kecuali anak ke 3 yang lebih cool dan relax berbanding yang lain.. tak kisah, ada dia amik, tak de dia tak minta.. (sebab tu rezeki dia murah dan berkat!).
dan selepas semuanya selesai (harta yang balance tu difaraid kan) maka setiap seorang mendapat bahagian masing2 dengan jaya nya.. TAPI... tuduhan ketiga.. DORANG INGAT MAK ABAH AKU MENDAPAT HABUAN DARI PIHAK PERTAMA dan bermulalah kisah hitam dipulaukan... padahala, satu sen haram pun maak abah aku tak dapat dari kedua2 belah pihak.. masa nak menuntut duit tu datanglah adik beradik ni ke rumah bercerita, memburukkan sesama sendiri tapi bila time dapat duit, semua mulut kena sealed! yang no 3 tu je yang bitau.. diulang.. sebab tu rezeki dia sentiasa murah dan berkat sebab dia sentiasa hulur duit pada mak aku.. sebab anak makcik tu semua mak aku yang jaga since kecik sampai lah beranak pinak.. anak2 buah aku tu pun mak aku jaga asuh.
padahal yang keluarga pertama ni kalau nak diukurkan dari segi agamanya, banyak yang lebih dari yang kedua tu. takkan lah tak terlintas kat kepala tu semua ni hanya harta dunia, yang penting bapak kat dalam tu selamat sejahtera.. ini tidak, dia lebih naik dari yang lain... kang kalu aku kata tak guna pegi haji, ada plak yang tersentap kat sini! dah sah-sah lah bapak korang tu dah tak de, apalah salahnya berbaik2, lebih afdal. darah ko tetap satu, bin/binti ko tetap satu. tapi masing2 keras kepala dan buta mata hati.. yang kesiannya ARWAH tu lah...
sebab tu lah aku cakap ngan mak abah aku, tak yahlah beli tanah bebanyak, nanti kalu dorg dah tak de, aku 3 beradik bergaduh lah plak.. setakat ni umah nan satu tu lah cagarannya.. aku siang2 dah cakap tak nak umah tu sebab aku ngan kakak aku ada umah sendiri, so suh letak nama abang aku je memandangkan setakat ni dia sorang je yang masih menyewa, tapi point mak aku umah tu kena gak letak 4 nama termasuk nama bapak aku sebab tgk pd telahan (terror gak mak aku ni!) abang aku tu agak biul skit kepala dia.. takut kalau2 dijualnya umah tu nanti.. tak ke naya? rumah induk tu, bai!!
agak2nya lah kan, kalaulah pakcik aku tau nak jadi cam ni, mesti dia tak carik harta banyak2 kan? Al-Fatihah..

Monday, March 3, 2008

Bak melukut di tepian gantang...

Kalau diikutkan aku tak de mood langsung nak menulis kisah ni. Bukan sebab aku marah, juga bukan sebab aku benci. Tapi sebab aku tak nak ingat lagi apa yang jadi pada aku sekeluarga semalam. Sesuatu yang membuatkan aku terfikir betapa biarpun darah yang mengalir itu datangnya dari jasad yang satu, tak semestinya kasih sayang itu tulus.
Semalam, aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku (sepupu tau, bukan 2 pupu!) di Kajang. Memang saja kitorg datang lewat sebab geram dengan keluarga sana yang menjemput setakat pakai card dan call pun melalui orang lain. Tapi dah namanya pun sedara, maka mak abah aku ni pergi jugaklah... Dan aku anak beranak pun berangkat lah... Since malam sebelum tu lagi aku dah tension tak nak pegi. Disebabkan majlis yang satu ni aku terpaksa korban 2 plan yang lama dah ada dalam kepala hotak aku.. Alih2 aku tau kenapa hati aku berat sangat nak pergi majlis tu.
Seperti title tu lah! Bak melukut di tepian gantang lagaknya aku dan keluarga. Datang berjemput tp rasa cam peminta sedekah je. Duk makan kat meja ujung tak de pelayan. Nak balik pun menunggu berjam-jam tapi kelibat mak si pengantin pun hilang ntah ke mana.. ntah apa lah yang dia benci sangat ngan keluarga aku pun tak tau lah.. padahal arwah laki dia tu abang bapak aku je dulu!
Sekali bak kata mak aku.. " Nak tengok lagak orang kaya, ini lah contohnya.. orang macam kita ni biarpun dulu berhempas pulas untuk dorg, kalau namanya miskin tetap dipandang hina" Sedih gak aku dengar mak aku cakap macam tu.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita manusia..
Dan sekarang aku rasakan baik lagi jiran keliling umah aku yang bertungkus lumus masa susah senang aku sekeluarga dari keluarga saudara aku ni yang nak jengah mak abah aku setahun sekali pun susah!!!!

Friday, February 29, 2008

Relexjap!

jgn terkejut plak ngan title tu..

sebenarnya aku ni yang nak relax sbb penat berlari ke hulu dan ke hilir dr pg tadi...

rasa cam nak tertanggal lutut aku ni naik turun tangga..

dahlah short of manpower kat opis ni.

skang ni dh cam nak short of breath plaks!

Anyway, camna ek nak wat entri yg bila kita nak link kan something dia jadi cam ni...


cth : nak tau lanjut, klik sini

ada sesiapa boleh membantu?


Wednesday, February 27, 2008

Aduhai...

KAWAN AKU SORANG KAT OFFICE NI MINTA AKU TYPEKAN SURAT RESIGN.
DAH ABIS IKHTIAR LAH TU NAK WAT KEJE.
RESIGN SEMENTARA DAPAT KERJA LAIN.
AKU PUN NAK RESIGN GAKLAH..
TAPI ADA TAK ORANG VOLUNTEER NAK BAGI DUIT BULAN2 KAT AKU?
ALA.. TAK BANYAK... TAKAT RM 3 K JE SEBULAN....
ADA YANG BERMURAH HATI???

Future Planning

Pagi ni aku terlewat lagi keluar rumah. Minggu ni je dah 2 hari aku lewat sampaikan solat subuh pun hampir matahari nak menjelma.. Nurul pun lambat gak ari ni!!! Sian kat mek sorang ni, tunggu aku.. Tapi akhirnya aku tahu kenapa aku lambat ari ni... SEBAB.. Allah tu nak temukan aku dengan kawan baek aku kat LRT Chan Sow Lin... Sarimah....

Dan waktu aku jumpa dia tu ada plak adegan kelaka berlaku.. Nak kejutkan dia, alih2 ada sorang minah india ni plak yang melatah terperanjatkan aku menepuk bahu si Imah.. bagai nak rak aku, nurul, imah dan minah tu tergelak.. heheheh.. lawak pagi rabu jadinya...

Selingan : Di LRT BTR, Tan Chai Ho edar risalah pasal BN dan sibuks bersalaman dengan 'para pengundi' (hantu ke tak ke aku tak pasti.. heheheh).. aku? Ehm.. sambut risalah pada kakak fanatik pengedar risalah tu then masukkan tiket lrt dan senyum pada 'orang kanan' Tan Chai Ho... Dato' tu tengah wat apa masa tu? Dia tengah melayan seorang 'pengundi fanatik' berborak sambil gelak besar.. ( ntah ikhlas ke tak Dato' tu berborak aku pun tak tau lah.. yang pasti si 'pengundi itu - seorang perempuan Islam bertudung' seronok sakan sambil tangan kanan yang bersalaman tidak dilepaskan.)

Okie.. sambung balik ye.. Pertemuan dengan Imah membuatkan aku terfikir kuasa Allah tu mmg melebihi segala2nya dalam dunia. Sebabnya baru semalam aku dengan Nurul bercerita untuk bertukar kerjaya menjadi seorang pengusaha **********. Dan aku turut mentioned nama Imah sebagai " kawan aku yang juga berminat untuk menjadi pengusaha ********* ". Dan aku melangkah setapak lagi dengan bertanya pendapat pada Izam, si coordinator aku ni.. (jangan ditanya kenapa aku tak tanya pendapat my hubby dulu... cam membelakangkan dia dalam kes ni plakssss). Izam pun menyokong dengan penuh semangat... Itulah gunakan kengkawan.. faham masalah kita, cuba masuk dalam masalah kita (tapi bukan menyibuks yeee) dan yang paling penting support kita macam kita ni sebahagian dari hidup dia (dia dah kawen ye... jgn ada cakap2 belakang plaks).. dan bukan maksud aku hubby aku tak menyokong cuma aku tak suka discuss bendabesar2 on the phone.. tunggu ari ni dia balik baru aku slowtalk ngan dia....

Kenapa aku ******* kan benda tu ye...? Nantilah, belum masanya aku nak bagitau aku nak buat apa.. insya Allah kalau jadi, aku akan war-warkan dalam blog ni... akan ku selalu doakan agar cita2 murni aku dan kawan2 mendapat restu dariNya.. Amin..
___________________________________________________________________________________
Nota Kaki :

Aku undi sapa ye tahun ni? Ntahlah.. sebab calon2 kat tempat aku undi tu dah bertukar orang plaks. Tahun 2004 aku undi ********* tp tahun ni tak tau lah sbb yang paling pasti aku tak kenal calon ni... oppss.. tempat mengundi? SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS...

Tuesday, February 26, 2008

~Syarlinie~ Yang Dicari

Tak berkesudahan kisah penculikan kanak2 ni.. baru2 ni di Sekolah Taman Tuanku Jaafar Seremban. Nasib baiklah budak2 tu ada fikiran; pandai melarikan diri. Sekarang anak2 bermain pun naik takut nak biarkan. Terpaksalah aku atau hubby tersidai kat luar rumah untuk memerhatikan anak2 main beskal. Minta dijauhkan dari perkara ini terjadi pada anak2 aku dan anak2 buah serta jiran keliling. Nauzubillah min zalik.

Monday, February 25, 2008

Utusan Malaysia - 19/02/08

Pek Ha menangis cerita pengalaman ditahan reman

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Suri rumah, Yim Pek Ha hari ini menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini apabila menceritakan pengalaman semasa ditahan reman selama sembilan hari bagi siasatan kes dera pembantu rumahnya, Nirmala Bonat pada bulan Mei 2004.
Sambil mengesat airmata dengan kedua-dua belah tangannya, Pek Ha, 39, memberitahu seorang pegawai polis berkata kepadanya, You are going to hell (kau akan menerima balasan) sebelum mengambil keterangan daripadanya.
Katanya, pegawai polis itu juga enggan mendengar lebih lanjut keterangannya dan berkata 'cukup' apabila dia masih ingin terus menceritakan apa yang berlaku.
"Dia tunjukkan gambar Nirmala. Saya beritahu dia, bukan saya yang buat (dera Nirmala), tetapi dia jawab: 'Tuhan lihat apa yang awak buat."
"Saya beritahu dia apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia keberatan untuk menulisnya. Bagi dia, saya sudah pun bersalah," katanya sambil menangis.
Pek Ha memberi keterangan membela diri atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala, 22, menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di 22B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada Nirmala menggunakan cawan besi pukul 3 petang pada 17 Mei 2004 di tempat sama.
Menurut Pek Ha, sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah datang ke rumahnya pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari untuk menahan dan membawanya ke balai polis.
Selain keterangan, jelas Pek Ha, wajahnya dirakam dan kesan cap jarinya diambil oleh polis sepanjang dia ditahan.
Ibu kepada empat anak yang berusia 11, lapan, enam dan empat tahun itu juga mendakwa dia pernah tidak diberi makan pada satu hari selain tidak dapat berjumpa suami dan anak-anaknya termasuk bayinya yang masih menyusu badan.
"Kalau tidak salah, pada hari Jumaat, seorang anggota polis wanita berpakaian biasa bercakap dengan saya dan mengambil keterangan saya. Dia sangat baik.
"Saya bertanya kepadanya sekiranya saya boleh berjumpa suami dan anak serta menyusukan bayi saya. Dia kata okay apabila suami saya datang nanti," jelasnya.
Dalam keterangan hari ini, Pek Ha mendakwa Nirmala seorang yang degil dan akan keluar dari rumah begitu sahaja termasuk pada hari sebelum dia ditemui oleh pengawal keselamatan apabila ditegur atas kesilapannya.
Katanya, Nirmala juga sering berjanji akan meminum air kotor dan air kencingnya sendiri jika dia berbohong.
Apabila ditanya oleh Hakim Akhtar Tahir dia pernah melihat Nirmala berbuat demikian, jelas Pek Ha, dia tidak tahu serta tidak ingin tahu apabila bekas pembantu rumahnya benar-benar melakukannya.
Sebelum itu, Akhtar dibawa melawat ke tempat kejadian iaitu rumah Pek Ha di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada kira-kira pukul 9.50 pagi.
Pek Ha turut memberi penjelasan dan melayan para pelawat yang ingin melihat dengan lebih jelas keadaan dan persekitaran rumahnya itu.
Perbicaraan bersambung 17 Mac ini.
___________________________________________________________________________________

Nota Kaki :-

Cepat betul kita sebagai manusia meletakkan hukum dan melepaskan hukuman. Tak kisah lah dia ni bersalah ke tidak tapi kenapa perlu pisahkan dia dengan anak2 dia? Takkanlah jumpa pun tak boleh? Bila baca bab tak dibenarkan menyusukan bayi tu, tergencat sekejap jantung aku.. camnalah agaknya anak dia ye?? Bukan calang2 orang boleh tahan sakit tak menyusukan baby.. Moga Allah memberi hidayah pada polis2 ni semua..

Pak Arab pukau lagi

Harian Metro; 22/02/08.
KUALA LUMPUR: Bermodalkan mata wang Dolar Amerika, tiga warga Arab menipu orang ramai dengan menggunakan taktik menukar mata wang terbabit dengan ringgit sebelum memukau mangsa.Golongan itu bergerak aktif mencari mangsa sekitar kawasan rehat dan rawat di beberapa lebuh raya selain turut mensasarkan pengunjung pusat beli-belah sebagai mangsa.
Difahamkan, mereka menggunakan taktik menghampiri mangsa sebelum berpura-pura ingin menukar mata wang Amerika dengan ringgit mangsa.Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita turut menaiki kenderaan mewah dan berlagak bagaikan pelancong sebelum menghampiri mangsa dan menyatakan hajat menukar mata wang Dolar Amerika kepada ringgit.

Malah, mereka sanggup menggunakan dua bayi sebagai umpan dan wanita terbabit dilihat menggendong bayi ketika menjalankan kegiatan penipuan itu. Taktik mereka cukup mudah. Seorang daripada lelaki itu akan mencari dan menghampiri mangsa sebelum memberitahu ingin menukar mata wang dolar kepada ringgit.Mangsa kemudian akan mengeluarkan dompet untuk mengambil mata wang ringgit yang ingin ditukarkan dan ketika itulah wanita yang juga ahli sindiket itu akan menerpa dan berpura-pura ingin melihat bagaimana bentuk mata wang ringgit.
Dia kemudian akan meminta mangsa mengeluarkan sehelai demi sehelai duit kertas ringgit kononnya untuk mengetahui nilai kerana mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini. Ketika itulah, mangsa akan dimanipulasi dan tidak akan menyedari perbuatan mereka yang mengeluarkan wang dan hanya mengikut arahan lelaki dan wanita warga Arab itu.
Dalam keadaan kelam-kabut itu jugalah, dua warga Arab terbabit akan mengambil dompet mangsa dan membelek wang yang dikeluarkan dari dompet itu seolah-olah mereka tidak pernah melihatnya.Terbaru, seorang lelaki, Syamsudin Yahya, 35, menjadi mangsa kumpulan itu ketika dia berada di sebuah hentian rehat dan rawat selepas pulang dari tempat kerjanya di Dengkil.
Menurutnya, ketika itu dia didatangi dua warga Arab iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang menggendong bayi sebelum ditegur mereka yang kononnya ingin menukar wang.“Saya tidak mengesyaki perkara buruk dan mengeluarkan wang yang ingin ditukar mereka.“Namun, secara tiba-tiba wanita terbabit menerpa ke arah saya dan meminta ditunjukkan mata wang ringgit kerana dia mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini,” katanya.
Ketika keadaan kelam-kabut, rakan lelaki wanita itu terus mengambil dompetnya dan mengeluarkan satu persatu mata wang ringgit dalam beg duitnya itu sebelum memasukkan kembali wang berkenaan.“Selepas itu, mereka menyerahkan kembali dompet saya sebelum bersalaman dan mengatakan ingin beredar kerana mempunyai hal.“Saya kebingungan ketika itu dan hanya mendiamkan diri... beberapa minit selepas itu saya terus pulang,” katanya. Menurutnya, ketika sampai di rumah barulah dia menyedari sebahagian wangnya hilang ketika ingin memberikan wang itu kepada isterinya.Katanya, selain dia, beberapa rakan turut pernah menjadi mangsa warga Arab terbabit. Berikutan itu, mangsa yang rugi RM500 membuat laporan di balai polis berdekatan.
__________________________________________________________________________________

Nota Kaki :

Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang... 2 minggu lepas perkara yang serupa terjadi pada aku sekeluarga di Tesco Taman Midah. Tapi nasib baik masa tu hubby trus cakap sorry, no change.. dan cepat2 kami anak beranak masuk ke Tesco.. pada yang membaca kisah ini minta lepas ni berhati2.. Dan berkat kuasanya Ayatul Kursi yang aku amalkan setiap kali lepas solat dan sebelum keluar rumah.... Alhamdulillah....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..