Monday, February 16, 2009

Resign... aku?

Salam. Bismillah.
Naik pening aku kat office ni. Mana nak layan sakit gigi yang tak surut2, datang pulak khabar kurang enak di telinga. Telinga kanan aku yang turut mendapat impak dari sakit gigi bertambahlah sakitnya dengan berita buruk ni.
Cuti panjang sempena CNY lepas rupanya petanda yang office ni akan berkurangan orang. Sejak naik dari cuti panjang ari tu, bertalu-talu surat resign singgah ke meja HR. Pas sorang, sorang memanfaatkan kertas dan ink printer office ni. Bermula dengan secretary MD yang resign atas alasan patah kaki (mmg patah kaki tapi resign sbb patah hati!!!), bersambung dengan Mas yang sakit hati sebab dah keje 9 bulan tapi masih dalam probation, disambut Ummi yang dah tak sabar nak berlaki... tup-tup Mr Tai pulak nak pergi (diarahkan berhenti sbb ramai tak senang hati).. kemuncaknya malam final AF terbaru, Kak Siti si HR Exec yang baru minggu lepas pergi interview. Kerja belum dapat, tapi anta surat berhenti. 2 minggu bagi notis, suruh balik terus lepas tengahari..
Aku pun tak faham. Yang buat aku sakit kepala tu company tak fikir ke sekarang ni dah short staff? Sapa nak buat keje suma ni? Ingat kitrg ni buddha lapan tangan ke? Sotong kurita pun kalau ditarah kederatnya akan GIGIT dan TELAN dorang ni.
Aku masih berkira-kira. Bisnes sekarang ni kadangkala on kadangkala off. Tapi dalam kepala ada 3 rangkaian penyelesai masalah kerja aku ni. Berhenti dan duduk rumah goyang kaki? HA..HA..HA..HA.. kalau hubby ku dapat bagi barang RM2K sebulan, tepuk dahi, senyum nampak gigi lah aku...... MUNGKIN TIDAK~ aku bukan orang yang boleh duduk saja tanpa buat apa-apa.. kalau diberi 10 pilihan kerjaya, surirumahtangga adalah yang terakhir sekali aku pilih. Bukan tak nak jaga anak sendiri tapi aku jenis tak reti duduk mengadap tv dan kerja-kerja rumah je. Aku kan adventure orangnya! chewah... jadi, aku prefer siang di office, bergelumang dengan kerja dan malam di rumah dan bergelumang dengan anak!
Whatever is, aku masih dalam perbincangan dengan MIL untuk bisnes baru. Hah.. kami sekarang ni bestfriend tau! minat yang sama, saiz badan yang sama.. hahahahah....
Nota : Aku capek sekali dengan sakit gigi ni.. tolong Tuhan.. ubati aku...

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..