Monday, November 5, 2007

Hari frust + penat + sakit kepala

Akum.... ehm.. aku memulakan hari ini dengan semangat yang dipaksa-paksa.. nak senyum pun tak lalu rasanya. Sabtu dan Ahad merupakan hari paling penat dan menyakitkan kepala aku...

Sabtu terlalu penat sebab dari pagi ke malam bersama dengan askar wataniah aku yang 3 orang tu. Petang pulak ke rumah saudara di Taman Sri Nanding.... hubby balik dari site pukul 7.30 baru sampai. Cepat-cepat angkut semua anak masuk dalam kereta (hujan renyai-renyai plak tu), terus pergi ke kedai sensei kat Taman Midah tu nak gi beli susu, diapers anak2..

After settled, barulah menjengah pintu rumah sendiri. Reach home about 9 something, my hubby terus masak tuk mkn mlm. Sementara aku sendirik melekat ngan si baby yang sibuk nak tidur. disebabkan kat rumah tu tak de buaian, maka kenalah si baby bergantung dengan aku sbb sibuk nak breastfeed.

Dinner pun dah dekat kul 10.30. Tak lama lepas dinner, masing2 dah tarik selimut sbb kepenatan.

Semalam plak semua orang tak berapa sihat. si Baby cuppycake tu pun demam.. macam nak tumbuh gigi je aku tengok. Si Adik pun merengek dan tido sepanjang ari. Cuma Kakak je yang sihat segar bugar tapi masih tak mahu makan nasi.. kerjanya asik membebel je.. petang pun semua orang tido except aku yang menyudahkan basuh kain baju dan menyidai sambil melipat semua baju kering yang dah berlonggok seminggu atas katil... Semua orang tak de mood nak berborak.. aku ngan hubby pulak lancar perang dingin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Akibatnya sampai ke malam lah kitorang macam idup sorang-sorang je dalam umah. Cuma bila malam tu masa bawak anak2 gi Carrefour ngan Giant, berborak dan discuss nak beli apa... nak masak apa... after dinner, perang balik... ehm... tak nak ingat lah!!!! tension betul kepala aku. Sampai ke pagi ni aku pegi kerja rasa cam tak de mood je.. luckily tadi aku buat luahan perasaan kat sorang officemate.. at least keluar lah jugak. Itupun lepas aku gi menangis kat toilet...

1 comment:

Anonymous said...

kakak,,sabar yek!!
sabar tu separuh daripada SABARIAH,,,,hehehe

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..